42) PROJEK DATUM JELATEK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan projek Datum Jelatek di Taman Keramat Kuala Lumpur
-
Apakah status terkini berkaitan aduan penduduk di kawasan terlibat, apakah telah diselesaikan?
-
Benarkah dakwaan yang mengatakan projek ini membuka ruang yang terlalu besar kepada pembeli rakyat asing?
42) PUSAT KEBUDAYAAN CINA DAN INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuka Pusat Kebudayaan Cina dan India, walaupun terdapat banyak permintaan daripada orang ramai?
-
Sekiranya Pusat Kebudayaan ini dibuka kelak, apakah masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa hadapan?
-
Dimanakah lokasi-lokasi sebenar Pusat Kebudayaan Cina dan India ini dijangka akan dibuka kelak?
42) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan kerajaan bagi menangani masalah kilang haram yang telah beberapa kali dilanjutkan tempoh pemutihan.
-
Nyatakan jumlah kilang yang telah berjaya dalam proses pemutihan mengikut kawasan masing-masing.
42) ANAK SYARIKAT YANG MEMBAYAR ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Mohon YAB nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan nyatakan jumlah pembayaran
42) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah perdagangan Negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2007. Sila nyatakan butiran
-
Sila nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor
-
Sila nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2008. Apakah jumlah kos perbelanjaan yang terpaksa digunakan untuk meningkatkan dan mempromosikan perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2008?
42) PENANGKAPAN HAIWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan butir-butir kontraktor yang dibayar untuk penangkapan haiwan dari tahun 2003-2008 di semua PBT.
-
Butir-butir lengkap pembayaran yang dibuat kepada kontraktor di atas seperti amaun pembayaran, tarikh pembayaran, jenis haiwan dan bukti penangkapan
-
Nyatakan lokasi atau tempat simpanan haiwan yang telah ditangkap (sama ada disimpan di dalam lori ataupun di dalam tempat kurungan haiwan).
42) INFRA KAMPUNG TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap hal ehwal kampung tradisi, khasnya berkenaan infra dan penyelenggaraan kawasan?
-
Adakah peluang untuk serahkan tanah kampung kepada PBT bagi urusan penyelenggaraan?
42) PREMIUM RUMAH KEDAI YANG MELAMPAU TINGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah rumah kedai di Pekan Sekinchan yang bakal tamat tempoh pajakan 60 tahun.
-
Sila nyatakan kenapa kadar penilaian semasa JPPH meningkat dengan mendadak setiap tahun.
-
Sila huraikan insentif yang bakal diberikan oleh KNS untuk meringankan bebanan rakyat.
42) Pencemaran Di Loji Rawatan Air
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikat yang menyebabkan berlakunya pemcemaran loji rawatan air di Selangor?
-
Berapakah jumlah syarikat yang telah diambil tindakan undang-undang?
-
Nyatakan nama syarikat yang dikenakan tindakan undang-undang.
42) PROGRAM IKTISASS SEJAK 2018
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan setiap tahun telah digunakan dan baki peruntukan terkini?
-
Berapa ramai dan industri manakah pelatih-pelatih telah berjaya diserapkan sejak ianya ditubuhkan?
-
Agensi/ syarikat manakah serta jumlah pelatih yang telah berjaya dilahirkan?
