42) BANGUNAN LAMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Di sesetengah kawasan terutamanya di Pelabuhan Klang, mempunyai bangunan-bangunan lama yang telah usang. Ini mencacatkan mata yang memandang oleh kerana Pelabuhan Klang adalah pintu masuk utama kemasukan kapal-kapal dagang dari Negara luar. Tiadakah perancangan jangka pendek dari PBT atau Kerajaan Negeri bagi membaik pulih semula bangunan-bangunan lama yang telah usang ini? Ini kerana bangunanbangunan lama tersebut mempunyai nilai-nilai sejarah tersendiri bagi Pelabuhan Klang

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah dan perancangan Kerajaan Negeri bagi pemuliharaan semula bangunan-bangunan lama yang terdapat di Negeri Selangor khususnya di Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

42) KEROSAKAN INFRASTRUKTUR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut


  1. Adakah jejambat di Persiaran KWSP Sungai Tangkas Bandar Baru Bangi yang kelihatan retak teruk pada zahirnya, masih selamat digunakan oleh orang ramai?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan untuk menyelesaikan masalah di atas?

    Klik jawapan »

42) GEJALA SOSIAL (PMI)

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis


  1. Daripada statistik PDRM adakah tren gejala sosial dan jenayah di kalangan remaja dan belia pada tahun lalu di negeri Selangor semakin membimbangkan. Berapa ramaikah pelajar-pelajar di negeri Selangor yang terlibat dalam aktiviti seks sehingga melahirkan anak luar nikah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri Selangor dalam menangani kes-kes seperti ini?

    Klik jawapan »

42) PADANG GOLF KUALA KUBU BHARU

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Status terkini pewartaan Padang Golf Kuala Kubu Bharu sebagai padang golf dan rekreasi.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menswastakan Padang Golf Kuala Kubu Bharu sekiranya Kerajaan Negeri tidak mampu menyelenggarakan padang golf tersebut? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Klik jawapan »

42) INFRA KAMPUNG TRADISI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap hal ehwal kampung tradisi, khasnya berkenaan infra dan penyelenggaraan kawasan?

  2. Adakah peluang untuk serahkan tanah kampung kepada PBT bagi urusan penyelenggaraan?

42) WABAK CORONAVIRUS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan statistik terkini berkenaan kes wabak Coronavirus di Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Apa perancangan dan usaha Kerajaan Negeri bagi memberi kesedaran dan mengelakkan penularan wabak ini?

    Klik jawapan »

42) TAPAK PEMBUANGAN HARAM DAN SISA KIMIA HARAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah tapak pembuangan haram dan sejauh manakah usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah tapak pembuangan haram termasuk tapak pembuangan sisa kimia haram di seluruh negeri?

    Klik jawapan »

42) JALAN PERSEKUTUAN FT001

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai kerja-kerja naiktaraf termasuk pelebaran jambatan di Jalan Persekutuan FT001 berdekatan Batang Kali bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan yang semakin serius? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Klik jawapan »

42) AHLI MAJLIS & MASYARAKAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh manakah sumbangan Ahli Majlis kepada pembangunan masyarakat di setiap kawasan PBT?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Ahli Majlis untuk kegiatan masyarakat di setiap PBT tahun 2008 – 2014?

    Klik jawapan »

42) PROGRAM INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM

Tahun:

Sesi:

Isu: Perpaduan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah agenda Kerajaan Negeri di dalam menjamin kestabilan, kesejahteraan dan kesentosaan negeri?