42) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA & KAFA INTEGRASI
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Mengapa banyak Sekolah-sekolah Rendah Agama dan KAFA Integrasi di DUN Taman Medan yang memerlukan kerja-kerja baikpulih tidak mendapat perhatian sewajarnya, menunggu lama untuk dibaiki?
42) PADANG GOLF KUALA KUBU BHARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini pewartaan Padang Golf Kuala Kubu Bharu sebagai padang golf dan rekreasi.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menswastakan Padang Golf Kuala Kubu Bharu sekiranya Kerajaan Negeri tidak mampu menyelenggarakan padang golf tersebut? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
42) PEMBINAAN JAMBATAN DI PEKAN SEMENYIH MENGHALA KE SIMPANG BROGA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah status dana dan RM6 juta tersebut?
-
Duit manakah yang akan digunakan untuk membina jambatan tersebut?
42) PROGRAM INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
Tahun:
Sesi:
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah agenda Kerajaan Negeri di dalam menjamin kestabilan, kesejahteraan dan kesentosaan negeri?
42) SISTEM PENGURUSAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan negeri bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan tanah bagi mengatasi isu tunggakan permohonan tanah serta penduduk yang tidak mendapat geran tanah setelah berpuluh tahun menunggu?
-
Apakah sistem yang akan diamalkan dalam proses tender tanah bagi memastikan wujudnya ketelusan dalam pentadbiran tanah?
-
Berapakah jumlah tanah yang telah dirizabkan untuk sekolah jenis kebangsaan serta sekolah kebangsaan 5 tahun yang lepas mengikut pecahan daerah dan senaraikan butir-butirnya. (nama sekolah, lokasi, keluasan tanah, tahun dirizabkan)
42) WABAK CORONAVIRUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan statistik terkini berkenaan kes wabak Coronavirus di Negeri Selangor.
-
Apa perancangan dan usaha Kerajaan Negeri bagi memberi kesedaran dan mengelakkan penularan wabak ini?
42) TAPAK PEMBUANGAN HARAM DAN SISA KIMIA HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tapak pembuangan haram dan sejauh manakah usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah tapak pembuangan haram termasuk tapak pembuangan sisa kimia haram di seluruh negeri?
42) JALAN PERSEKUTUAN FT001
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai kerja-kerja naiktaraf termasuk pelebaran jambatan di Jalan Persekutuan FT001 berdekatan Batang Kali bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan yang semakin serius? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
42) HARGA PREMIUM TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar-kadar harga premium tanah yang ditawarkan kepada rakyat Negeri Selangor yang mendapat tawaran pemilikan tanah bagi status tanah pertanian, tanah industri dan pembangunan?
-
Adakah kadar premium berkenaan berbeza-beza mengikut kawasan atau daerah-daerah di Negeri Selangor?
-
Adakah rakyat berpeluang untuk membuat rayuan bagi pengurangan kadar premium berkenaan dan rayuan tempoh pembayaran?
42) JALAN ALTERNATIF – KE KILANG KILANG SEKITAR PERUMAHAN DESA SUBANG PERMAI SEKSYEN U6 SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah "baseline schedule" terkini untuk pembinaan jalan tersebut?
-
Pihak atau agensi manakah yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kerja-kerja pembinaan jalan dan parit akan dilaksanakan pada tahun 2020?
-
Apakah mekanisma pemantauan yang telah digunakan untuk memastikan aktiviti-aktiviti projek berjalan lancar mengikut "baseline schedule"?
