42) PROJEK LOJI RAWATAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah status kemajuan Projek Loji Rawatan Air Semenyih dan Labohan Dagang?
-
Berapa ramaikah pemilik tanah yang terlibat dengan laluan jajaran paip bagi kedua-dua projek tersebut?
42) PERSEDIAAN KUIS UNTUK DINAIKTARAF MENJADI UNIVERSITI PENUH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah tambahan fakulti dan bidang pengajian?
-
Adakah cadangan untuk membina kampus cawangan di Sabak Bernam?
42) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan prestasi dan perkembangan terkini kesemua ladang yang dimiliki oleh PKPS di seluruh Negara dengan terperinci.
-
Apakah punca sebenar yang menyebabkan Projek Serendah International Orchid Park mengalami kerugian lebih dari 15 juta dan gagal mencapai sasaran?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah kerugian yang ditanggung oleh PKPS dalam pelaburan membeli dan menjual Ladang Kelapa Sawit Kalimantan, Indonesia?
42) PUSAT KEBUDAYAAN CINA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemajuan terkini Projek Pusat Kebudayaan Cina Selangor?
-
Bilakah projek ini akan disempurnakan?
42) ANAK SYARIKAT YANG MEMBAYAR ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Mohon YAB nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan nyatakan jumlah pembayaran
42) PROJEK NAIK TARAF LALUAN MOTOSIKAL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Projek naik taraf laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan telah mengambil masa yang sungguh lama dan tempoh projek telah melebihi tempoh kontrak. Mengapakah ini berlaku dan apakah status terkini projek ini?
42) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan kerajaan bagi menangani masalah kilang haram yang telah beberapa kali dilanjutkan tempoh pemutihan.
-
Nyatakan jumlah kilang yang telah berjaya dalam proses pemutihan mengikut kawasan masing-masing.
42) TANAH PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tanah pertanian yang diluluskan oleh kerajaan Negeri sepanjang tahun 2009, 2010 dan 2011. Nyatakan jumlah luas ikut kawasan yang diluluskan itu?
-
Nyatakan Daerah yang paling banyak menerima kelulusan mengenai tanah ini.
42) MANFAAT HUBUNGAN DENGAN MAHASISWA SELANGOR TIMUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah manfaat jangka panjang daripada hubungan, program dan bantuan yang disalurkan kepada mahasiswa Selangor Timur Tengah?
42) PASUKAN BOMBA SUKARELA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis bantuan dan sumbangan Kerajaan Negeri Selangor kepada Pasukan Bomba Sukarela yang banyak berjasa kepada masyarakat?
