43) ISU MASYARAKAT INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang dirancang kerajaan negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan kaum India di Selangor
-
Minta kerajaan negeri senaraikan kuil-kuil India di dalam kawasan DUN Kajang dan langkah-langkah yang diambil oleh pewartaan kuil-kuil India
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu golongan penjaja kecil di kalangan masyarakat India di Selangor
43) MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR HOLDINGS SDN BHD (MSNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah tujuan dan matlamat penubuhan MSNS?
-
Berapakah modal permulaan yang diberikan kepada MSNS dan Apakah sumbangan MSNS yang signifikan kepada negeri setakat ini?
-
Siapakah pengarah, pemegang saham dan pengurusan MSNS serta kelayakan mereka?
43) MODAL INSAN DI KALANGAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan perancangan-perancangan yang telah diambil untuk meningkatkan bilangan modal insan yang berkemahiran dan berpendidikan di kalangan belia di Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan sejauh manakah keberkesanan dan tindakan susulan program pembangunan modal insan melalui aktiviti-aktiviti SPIES.
43) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan projek rumah Selangorku di PJS4?
-
Apakah kategori pemohon yang layak untuk mendapatkan peluang memiliki kediaman di projek tersebut?
-
Adakah rakyat di kawasan Taman Medan diberi keutamaan untuk pemilikan kediaman tersebut?
43) BANTUAN BLUEPRINT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mengapa mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan jawapan dan kelulusan sedangkan permohonan telah dibuat melalui Pejabat Daerah?
43) RIZAB AIR TERAWAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rizab air terawat yang mampu dihasilkan kini?
-
Apakah jumlah ini mencukupi mengikut piawaian?
-
Apakah langkah bagi memastikan bekalan air mencukupi terutama di waktu puncak?
43) PRESTASI KEWANGAN DAN USAHA BAGI MENINGKATKAN JUMLAH KEMASUKAN PELAJAR KE UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi pemasaran yang dilakukan pada tahun 2016 hingga 2017 bagi meningkatkan jumlah pelajar memasuki UNISEL?
-
Apakah pendekatan terkini yang dilakukan bagi memperbaiki prestasi kewangan UNISEL?
-
Nyatakan usaha proaktif yang dilakukan bagi menjadikan UNISEL sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre Of Excellence).
43) PUSAT PEMBUANGAN SAMPAH JALAN TEMPINIS SUNGAI PELONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Penduduk di Jalan Tempinis menghadapi masalah tempat membuang sampah sehingga terpaksa menjadikan kawasan tepi jalan sebagai tempat sampah. Bolehkah MBSA jadikan tempat yang ada sekarang ini sebagai tempat yang sah pembuangan sampah?
43) HASIL DAN PULANGAN DARIPADA PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memohon kerajaan memberi maklumat terkini tentang semua hasil dan pulangan berkenaan dengan perlombongan pasir dan pasir laut termasuk hasil dalam bentuk royalti dan premium yang dikutip oleh pejabat tanah dan keuntungan KSSB serta dividen yang dibayar kepada kerajaan oleh KSSB.
43) JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status perkembangan terkini pembinaan Jambatan Ketiga Klang?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk memulihkan sebahagian kos pembinaan jambatan yang disebabkan oleh pengambilan tanah swasta dengan memohon bayaran balik daripada Kerajaan Persekutuan?
