43) SKIM BANTUAN TABUNG BAS SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan program MES skim bantuan tambang bas sekolah kepada keluarga berpendapatan rendah. Bilakah skim tersebut akan dilaksanakan di DUN Sungai Pelek?
43) DEWAN SERBAGUNA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Dewan serba guna secara sempurna masih belum ada lagi di Bandar Baru Bangi. Adakah cadangan dari PKNS akan membina Kompleks Dewan Serbaguna tersebut
-
Bagaimanakah konsep serbaguna yang dicadangkan ini?
-
Berapakah anggaran peruntukan yang diperlukan.
43) LOMBONG SRI MANJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan seterusnya terhadap pemilik lombong Sri Manja, PJS 3 setelah didapati melanggar syarat penimbusan lombong?
-
Bagaimana permohonan menukarkan bekas lombong tersebut kepada tapak rekreasi di kawasan Taman Medan yang tiada kawasan hijau dan rekreasi?
43) PENSEJAJARAN PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jangkaan jumlah bilangan isi rumah yang mendapat manfaat selepas pelaksanaan pensejajaran Program Air Percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor?
43) PROJEK JALAN KAMPUNG LOMBONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Bilakah projek naik taraf jalan Kampung Lombong dijangka siap?
-
Apakah perkara yang mengakibatkan pembangunan projek ini perlahan?
43) ISU MASYARAKAT INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang dirancang kerajaan negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan kaum India di Selangor
-
Minta kerajaan negeri senaraikan kuil-kuil India di dalam kawasan DUN Kajang dan langkah-langkah yang diambil oleh pewartaan kuil-kuil India
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu golongan penjaja kecil di kalangan masyarakat India di Selangor
43) MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR HOLDINGS SDN BHD (MSNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah tujuan dan matlamat penubuhan MSNS?
-
Berapakah modal permulaan yang diberikan kepada MSNS dan Apakah sumbangan MSNS yang signifikan kepada negeri setakat ini?
-
Siapakah pengarah, pemegang saham dan pengurusan MSNS serta kelayakan mereka?
43) PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan industri pelancongan.
-
Apakah perancangan kerajaan untuk membangunkan industry pelancongan di DUN Rawang?
-
Nyatakan jumlah pekerjaan yang telah dicipta oleh industri pelancongan.
43) ISU YANG BELUM DISELESAIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan usaha-usaha yang diambil oleh pihak COB dalam mengatasi masalah JMB/MC yang tidak efisien, seperti tidak membuat mesyuarat agung dan menghantar penyata kewangan?
-
Berapa kes sebegini, nyatakan setiap PBT
-
Apa tempoh penyelesaian yang digunapakai bagi menyelesaikan satu-satu kes itu?
43) MODAL INSAN DI KALANGAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan perancangan-perancangan yang telah diambil untuk meningkatkan bilangan modal insan yang berkemahiran dan berpendidikan di kalangan belia di Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan sejauh manakah keberkesanan dan tindakan susulan program pembangunan modal insan melalui aktiviti-aktiviti SPIES.
