Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

35) SALAHGUNA TANAH UNTUK MEMELIHARA BINATANG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah dilaksanakan mengenai isu salahguna bangunan di Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung dan kawasan hutan di Hulu Selangor untuk memelihara binatang

    Klik jawapan »

  2. Adakah kejadian ini terlibat penjualan kulit binatang haram?

    Klik jawapan »

36) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN SELANGOR(PADAT)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan program dan peruntukan bagi PADAT untuk tahun 2009 dan 2010?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan ahli lembaga pengurusan PADAT dan elaun/emolumen setiap ahli.

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan dan struktur yang diwujudkan di setiap daerah pentadbiran untuk mempertingkatkan penghayatan terhadap adat Melayu dan warisan Selangor?

    Klik jawapan »

37) PERSATUAN BOLA SEPAK (FAS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan untung rugi dan jumlah aset serta liabiliti Persatuan Bola Sepak (FAS) bagi setiap tahun sepanjang lima tahun yang lepas. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan audit kewangan ke atas FAS?

    Klik jawapan »

38) PENILAIAN TERHADAP AHLI PBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah prestasi ahli-ahli PBT pada keseluruhan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah dari kalangan mereka diberhentikan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang diambil terhadap yang kurang memuaskan, tapi dikekalkan?

    Klik jawapan »

39) PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah status siasatan terbaru terhadap pemilikan rumah kos rendah oleh pegawai-pegawai PBT yang tidak berkelayakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha daripada kerajaan negeri untuk memastikan bahawa rumah kos rendah dimiliki oleh mereka yang betul-betul berkelayakan sahaja?

    Klik jawapan »

40) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membina dan memindah ibu pejabat PKNS dari Petaling Jaya ke Shah Alam dan bila ia akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah anggaran untuk perbelanjaan pembinaan Pejabat PKNS yang baru di Shah Alam?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pengurusan PKNS akan mengubah sistem kuota penjualan rumah di bawah kelolaan PKNS dengan peruntukan 70% untuk Bumiputera dan 30% bukan Bumiputera?

    Klik jawapan »

41) KEBAJIKAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jenis bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlahnya setiap satu mengikut DUN bagi tahun 2008, 2009 dan Jun 2010?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bantuan yang diterima mengikut jenis bantuan bagi DUN Dusun Tua untuk tahun 2008, 2009 dan Jun 2010?

61) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Selayang Baru adalah perkampungan lama yang kini mengalami pertumbuhan pesat dan menghadapi masalah densiti penduduk yang padat. Pembangunan yang tidak terancang ini telah memberi kesan buruk kepada sistem perparitan. Longkang besar (monsoon drain) sedia ada sudah tidak lagi dapat menampung saliran air lebih-lebih lagi ketika hujan lebat sehingga berlaku banjir kilat di kawasan-kawasan sekitar. Apakah perancangan pembangunan yang akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi menyelesaikan masalah banjir kilat ini untuk jangka masa panjang demi memelihara kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut

    Klik jawapan »

  2. Adakah penyelesaian bagi masalah banjir yang telah lama dihadapi ini dimasukkan oleh MPS atau Kerajaan Negeri Selangor sebagai salah satu projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

    Klik jawapan »

62) PERANAN PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang disandangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ?

  2. Sejauh manakah sumbangan beliau untuk meningkatkan prestasi ekonomi Negeri Selangor ?

63) PREMIS PERJUDIAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan dengan tidak membuka premis premis judi bola sepak dunia. Apakah sebab-sebab dasar ini dilaksanakan ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah premis-premis perjudian yang telah diluluskan dan terdapat dalam kawasan PBT Negeri Selangor juga akan ditutup. Jika tidak mengapa premis-premis perjudian yang disediakan perlu dikekalkan ?

    Klik jawapan »