44) JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilakah pihak JKR akan memulakan kerja-kerja membina pembahagi jalan dan memasang lampu jalan khususnya dari Kilang Bernas Sekinchan menuju ke Balai Bomba Sekinchan ?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan yang menyebabkan sehingga kini permohonan tersebut masih gagal dipenuhi ?
-
Sila nyatakan apakah benar perancangan Lebuh raya Pantai Barat yang bakal dibina akan mengguna pakai sebahagian Jalan Persekutuan 5 khususnya dari segmen Tanjung Karang menuju ke Sabak Bernam ?
44) GERAKAN SYIAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan sejarah, perkembangan dan status semasa gerakan Syiah di Selangor?
-
Apakah fatwa negeri yang pernah dikeluarkan?
-
Sejauh manakah ajaran ini mengancam masyarakat?
45) GERAN TANAH UNTUK SJKC DAN SJKT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan SJKC dan SJKT yang telah mendapat geran tanah daripada Kerajaan Negeri sejak tahun 2008. Sila berikan butir-butir.
45) LEBUHRAYA PERSISIRAN PANTAI BARAT (WCE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan perkembangan terkini pelaksanaan projek tersebut?
-
Sejauh manakah projek tersebut memberi impak pertumbuhan ekonomi kepada Selangor?
45) KAWASAN RUMAH TERBIAR DAN TIDAK BERPENGHUNI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Sila butirkan rumah terbiar yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri pada penggal ini.
-
Apakah kriteria kerajaan untuk merampas rumah terbiar, yang menjadi kacau ganggu kepada kawasan kediaman tersebut?
45) JUMLAH TANGKAPAN JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tangkapan khalwat yang dicatatkan sepanjang tahun 2011?
-
Berapakah jumlah pendakwaan yang dibawa ke mahkamah?
-
Apakah program yang dilaksanakan bagi mengawal masalah ini?
45) TEMPAT LETAK KENDERAAN BERAT KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Kenderaan berat sewenang-wenangnya di parkir yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Apakah tindakan susulan ke atas mereka yang dikenakan kompaun tetapi masih melakukan kesalahan yang sama?
-
Berapa kerapkah rondaan dan pemantauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa?
45) PENERIMA BANTUAN ZAKAT DI DUN BANTING
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua penerima bantuan zakat di DUN Banting serta jenis dan amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan daripada Lembaga Zakat Selangor.
45) RANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH SABAK BERNAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah pelan perancangan pembangunan yang bakal dilaksanakan di daerah Sabak Bernam bagi tempoh 5 tahun akan datang?
-
Sila nyatakan dengan detail apakah usaha-usaha yang dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menarik lebih banyak pelabur asing dan domestik datang melabur ke daerah Sabak Bernam.
-
Selain sektor pertanian dan perikanan, apakah sektor yang berpotensi untuk dimajukan di daerah Sabak Bernam?
45) BANTUAN KASIH IBU SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah pemutihan untuk penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor?
-
Adakah penggunaan sistem E-Kasih masih berjalan?
