45) SEKOLAH TAMIL DESA COALFIELDS

Tahun:

Sesi:

Isu: pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Pembangunan sekolah tersebut telah terhenti. sila huraikan masalah-masalah pembangunan

    Klik jawapan »

  2. Pihak mana sepatutnya bertanggungjawab untuk menyiapkan pembangunan sekolah.

    Klik jawapan »

45) PRESTASI DAN PENGGUNAAN TALIAN SAHABAT OLEH WARGA SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh manakah keberkesanan, prestasi dan hasil pencapaian yang boleh disimpulkan oleh Kerajaan Negeri selepas kewujudan Talian Sahabat untuk kemudahan warga Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan jumlah panggilan yang diterima mengikut susunan lapan kategori (perkhidmatan) utama yang di berikan oleh Talian Sahabat pada Tahun 2015 hingga bulan Jun, 2016 dengan menyatakan jantina, bangsa dan umur pemohon bantuan

    Klik jawapan »

  3. Sila menyatakan jumlah perbelanjaan yang diguna pakai oleh Talian Sahabat dari segi pengurusan pentadbiran, gaji, elaun pekerja dan sebagainya untuk tahun 2015

    Klik jawapan »

45) GERAKAN RANGKAIAN SOSIAL FACEBOOK

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti kekuatan dan potensi di segi penerangan yang mampu dijana melalui Facebook yang kini dikendalikan secara individu oleh ADUN di semua DUN seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mensinergikan rangkaian Facebook ini sebagai satu gerakan rangkaian sosial bersepadu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk mewujudkan seorang pegawai penerangan bagi mengemas kini Facebook ini melalui pusat-pusat khidmat ADUN?

    Klik jawapan »

45) Muzium Sejarah Kuala Selangor

Tahun:

Sesi:

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pengunjung datang ke Muzium Sejarah Kuala Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan peruntukan bagi menaiktaraf infrastruktur serta bahan sejarah dan Warisan untuk dipaparkan di Muzium Sejarah Kuala Selangor?

    Klik jawapan »

45) PANGSAPURI KOS RENDAH DAN SEDERHANA DI DUN KOTA DAMANSARA

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis


  1. Kawasan MBSA - U3,U4,U5,U6 (senarai terperinci termasuk jumlah unit dan pengurusan).

    Klik jawapan »

  2. Kawasan MBPJ - Zon 3, Zon 4 (senarai terperinci termasuk jumlah unit dan pengurusan).

    Klik jawapan »

  3. Adakah bantuan seperti CERIA, baikpulih jalan, SAFWA, SEROJA masih boleh dimohon oleh pangsapuri tersebut?

    Klik jawapan »

45) PEMBANGUNAN EKONOMI NELAYAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan segera Jabatan Perikanan Negeri bagi memastikan sumber perikanan di perairan Negeri Selangor bertambah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Jabatan Perikanan Negeri di dalam menambah pendapatan nelayan miskin?

    Klik jawapan »

45) SELANGOR ORKED FESYEN FESTIVAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kos keseluruhan perbelanjaan kewangan bagi menjayakan Selangor Orked Fesyen Festival? Sila nyatakan perincian perbelanjaan

    Klik jawapan »

  2. Apakah objektif dan siapakah kumpulan sasaran program ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kaitan dan manfaat kepada pemberdayaan wanita? Apakah ianya tercapai?

    Klik jawapan »

45) KESELAMATAN DAN USAHA BANTERAS JENAYAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pendekatan terbaik dalam menyebarluaskan program CommunityPolicing/PKKPJ/Seroja serta langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor dalam menyediakan infrastruktur yang mampu mencegah jenayah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah peruntukan yang disediakan/digunakan bagi program PKKPJ benar2 memberi impak terhadap isu menjaga keselamatan?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan Statistik kes-kes jenayah di seluruh negeri Selangor bagi setiap kawasan DNS bagi 2013-2015 (berdasarkan jenis jenayah, umur penjenayah terlibat, jumlah tangkapan, jumlah kes yang berjaya diselesaikan)

    Klik jawapan »

45) KOMPLEKS PASAR BESAR KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status permohonan penambahbaikan kompleks tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerja-kerja dikeluarkan bagi baikpulih dan menaik taraf kemudahan bangunan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos diperuntukkan?

    Klik jawapan »

45) PAPAN IKLAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Operator-operator papan iklan sedang bertanya, bila satu dasar untuk seluruh negeri yang adil akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah dasar baru ini akan diberitahu kepada pemain industri dan dikenakan? Sila nyatakan tarikh yang tetap.

  3. Apakah garis panduan / proses-proses terperinci, yang diamalkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk mengawal (regulate) industri papan iklan di Negeri Selangor terutamanya di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya?