45) SOSIAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis


  1. Saya ingin merasakan ghairah bahawa manifesto Kerajaan untuk memberikan RM1,OOO.OO kepada anak Selangor yang memasuki IPTA dan IPTS. Adakah ini masih akan dikotai atau sewajar taktik tipu rakyat sedangkan keputusan SPTM telah diumumkan dan anak-anak ini kini dalam proses memasuki universiti. Berapakah permohonan telah diterima? Dan jumlah bayaran yang telah dibuat? Ataupun masih belum dilaksanakan

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana pula dengan bantuan RM75.00 untuk anak yang dihantar ke nurseri dan bantuan RM50.00 untuk merekayang menerima pendidikan pra-sekolah

    Klik jawapan »

  3. Caruman takaful sebanyak RM2,500.00 untuk warga emas, OKU dan anak yatim. Bilakah ia akan mula diedarkan?

    Klik jawapan »

45) PARIT KAMPUNG PINGGIRAN BANDAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Bertulis


  1. Apakah terdapat garis panduan bagi projek pembangunan perumahan dan perindustrian yang menyalurkan air longkang ke parit kampung?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan pihak Kerajaan dalam menangani isu berterusan limpahan air di parit kampung akibat pembangunan bersebelahan yang tidak terkawal seperti yang berlaku di Kampung Jawa Klang?

    Klik jawapan »

45) ORANG ASLI MAH MERI DI PULAU CAREY

Tahun:

Sesi:

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan bantuan dan peruntukan Kerajaan Negeri kepada Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey sejak 2008

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewartakan kawasan Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

  3. c)Apakah ianya menambah penjimatan yang lebih baik dari pendekatan yang berdasarkan lowest?

45) KEBAJIKAN GOLONGAN WARGA USIA EMAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri Êmerancang untuk mewujudkan satu skim seperti KISS bagi membantu warga emas yang tiada sumber ekonomi yang stabil di usia itu?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Êbercadang untuk Êmewujudkan semula skim Jom Shopping khas warga emas seperti seperti dahulu?

    Klik jawapan »

45) PEMBANGUNAN EKONOMI NELAYAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan segera Jabatan Perikanan Negeri bagi memastikan sumber perikanan di perairan Negeri Selangor bertambah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Jabatan Perikanan Negeri di dalam menambah pendapatan nelayan miskin?

    Klik jawapan »

45) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR SIHAT (PEDULI SIHAT)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan had siling bayaran rawatan bagi pengguna Kad Peduli Sihat?

  2. Berapakah jumlah penerima Kad Peduli Sihat yang aktif tetapi tidak menggunakan kad tersebut mengikut DUN?

45) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah keputusan mahkamah terhadap 3 projek perumahan terbengkalai iaitu Projek Perumahan Taman Lembah Beringin, Projek Perumahan The Genting Valley dan Projek Pembinaan Penempatan Semula Setinggan Fasa 1 Rumah Pangsa Kos Rendah Sri Bunga Raya Shah Alam?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan Projek Pembesaran Kg Melayu Rasa yang terbengkalai dapat dibaikpulih dengan jayanya memandangkan PKNS telah mengambil alih projek tersebut hampir 2 tahun?

    Klik jawapan »

  3. Status terkini pemulihan Projek Pembesaran Kampung Jawa (Taman Desa Beringin) termasuk laporan kajian PKNS dan MDHS mengenai projek ini

    Klik jawapan »

45) PROGRAM SPIES DAN GALAKAN MEMBACA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis


  1. Dalam usaha meningkatkan keberkesanan Program SPIES dan Galakan Membaca, adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk mengadakan kemudahan-kemudahan tertentu di rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja dan kuil-kuil memandangkan di situ tempat tumpuan masyarakat.

    Klik jawapan »

  2. Jika ada, sila nyatakan perancangan serta kemudahan-kemudahan yang akan disediakan.

    Klik jawapan »

45) GERAKAN RANGKAIAN SOSIAL FACEBOOK

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti kekuatan dan potensi di segi penerangan yang mampu dijana melalui Facebook yang kini dikendalikan secara individu oleh ADUN di semua DUN seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mensinergikan rangkaian Facebook ini sebagai satu gerakan rangkaian sosial bersepadu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk mewujudkan seorang pegawai penerangan bagi mengemas kini Facebook ini melalui pusat-pusat khidmat ADUN?

    Klik jawapan »

45) SARANG EKONOMI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah program Sarang Ekonomi berjaya membantu usahawan luar bandar meningkatkan pendapatan bulanan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan jangka panjang pihak Kerajaan Negeri dalam membantu para Usahawan Kecil di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »