45) PROGRAM SPIES DAN GALAKAN MEMBACA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Dalam usaha meningkatkan keberkesanan Program SPIES dan Galakan Membaca, adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk mengadakan kemudahan-kemudahan tertentu di rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja dan kuil-kuil memandangkan di situ tempat tumpuan masyarakat.
-
Jika ada, sila nyatakan perancangan serta kemudahan-kemudahan yang akan disediakan.
45) MESIN SLOT JUDI KUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Pertumbuhan pusat-pusat mesin slot judi kuda semakin banyak dan menimbulkan impak sosial yang amat negatif kepada masyarakat. Apakah tindakan konkrit yang diambil oleh pihak kerajaan tempatan dalam menangani masalah ini, jika diperhatikan di kebanyakan tempat jika operasi dilakukan pada hari ini tak sampai 24 jam mereka kembali beroperasi?
-
Apakah statistik terkini jumlah pusat mesin slot judi yang ada di Negeri Selangor, termasuk di DUN Dengkil?
45) PROJEK RUMAH SELANGORKU – PROJEK DAMAISURIA OLEH TTJAYA KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan agar projek tersebut dapat diteruskan seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan terdahulu di Kota Damansara?
45) GANGGUAN SEKSUAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah kes gangguan seksual yang dilaporkan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor mengikut sektor awam dan swasta bagi tahun 2007-2012.
-
Apakah mekanisme yang diwujudkan dalam Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan kes gangguan seksual?
45) ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Agihan zakat di negeri Selangor diakui antara yang terbaik di dalam negara kita namun ramai mendakwa permohonan terutamanya dari Asnaf Fi Sabilillah masih ramai yang ketinggalan. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
-
Berapakah jumlah penerima dan jumlah RM diterima?
45) MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS DI DUN TERATAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan atau tindakan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di DUN Teratai?
-
Berapakah anggaran bajet Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2013 untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di DUN Teratai?
45) SUMBANGAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai suatu pendekatan yang lebih berkesan dalam menangani permohonan kepada ADUN untuk menyalurkan sumbangan penyelenggaraan infrastruktur sekolah di bawah Kementerian Pendidikan? Sumbangan melalui peruntukan ADUN adalah terhad berbanding penyelesaian melalui peruntukan yang diselaraskan oleh Kementerian atau ICU.
45) BANTUAN KEPADA RUMAH BERIBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai lengkap bantuan yang ditawarkan kepada masjid/ surau.
-
Sila kemukakan senarai lengkap bantuan yang ditawarkan kepada rumah beribadat bukan Islam.
45) KEMPEN KURANGKAN BEG PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan positif kempen kurangkan beg plastik terhadap usaha perlindungan alam sekitar
-
Apakah pandagan Kerajaan Negeri terhadap dakwaan bahawa caj 20 sen yang dikenakan telah membebankan para pengguna?
45) PERUNTUKAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah dan bentuk bantuan yang disalurkan kepada Negeri Selangor bagi tahun 2007-2015.
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik lebih banyak pelaburan?
-
Senaraikan jumlah dan jenis peruntukan yang disalurkan oleh MIDA Selangor kepada Majlis Perbandaran Selayang bagi tahun 2013-2015
