44) ASET-ASET ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan aset-aset setiap anak syarikat dari tahun 2010 hingga 2016
-
Nyatakan aset-aset yang telah dijual dan berapakah nilai jualan serta keuntungan diperoleh?
44) STATUS TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah status tanah kerajaan di Pekan Sepang ?
-
Berapakah keluasannya?
44) 1 DUN 1 KOMPLEKS SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Bilakah kerajaan akan mencapai tahap di mana semua DUN mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 kompleks sukan?
-
Apakah kriteria yang diguna pakai oleh kerajaan untuk meluluskan permohonan bajet untuk program pembangunan belia dan sukan di peringkat DUN?
-
Senaraikan program belia dan sukan mengikut DUN untuk 2015
44) PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN YANG TERKINI DI DUN BANTING
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua penerima bantuan kebajikan yang terkini di DUN Banting serta jenis dan amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
44) PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pelajar yang memperoleh Mumtaz untuk diterima masuk ke MITS dan berapa jumlah yang ditolak?
-
Nyatakan jumlah keseluruhan permohonan ke sekolah JAIS. Jumlah yang diterima dan jumlah yang ditolak
44) GERAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini, berapakah geran tanah yang telah diberi di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor?
-
Apakah kriteria-kriteria untuk mendapat geran tanah?
44) INDUSTRI KESENIAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan industri kesenian Negeri Selangor?
44) JANJI-JANJI PILIHAN RAVA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah agensi kerajaan atau badan pertubuhan yang akan bertanggungjawab sekiranya terdapat mana-mana rakyat Selangor yang tercicir daripada menikmati kebajikan yang telah dijanjikan oleh kerajaan semasa pilihan raya yang lalu ?
44) LAMPU LED
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan pemasangan 50 lampu LED telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor . Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menambahkan lampu LED pada masa akan datang di setiap DUN?
-
Berapakah perbelanjaan telah disalurkan pada projek ini?
44) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Siapakah yang memegang kuasa eksekutif dan kewangan MBI?
-
Nyatakan struktur dan senaraikan perjawatan serta tugas setiap kakitangan dalam MBI?
-
Nyatakan jumlah gaji, elaun atau yuran setiap perjawatan dalam MBI?
