46) BIASISWA DAN PINJAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah penerima dan nilai Hadiah Pengajian IPT (biasiswa dan pinjaman) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak dua tahun yang lepas
46) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah status perlaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat yang telah diluluskan? Sila berikan butir-butir dan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri sejak kelulusan Enakmen ini.
-
Bilakah Enakmen ini akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
46) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek perumahan dan pemaju yang bermasalah di negeri Selangor mengikut peringkat sehinggalah yang telah dikenal pasti sebagai terbengkalai?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap projek-projek perumahan yang bermasalah khususnya di DUN Meru?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri bagi melindungi pembeli yang menjadi mangsa apabila projek perumahan mereka bermasalah?
46) PRESTASI ANAK SYARIKAT / GLC SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor mana yang paling banyak menyumbang dalam bentuk kewangan kepada Kerajaan Negeri?
-
Apakah perniagaan yang dijalankan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor itu?
-
Adakah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kpi yang tersendiri?
46) HAL EHWAL ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah buah sekolah SRA dan MITS yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk tempoh 2013-2015?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut?
-
Berapa ramaikah rakyat Selangor menerima bantuan zakat sehingga 2015 dan nyatakan mengikut kategori dan daerah masing-masing?
46) SKIM BANTUAN KESIHATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai lengkap skim-skim bantuan kesihatan yang ditawarkan kepada Rakyat Selangor.
-
Sila kemukakan program-program berkaitan kesihatan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Selangor dalam tempoh 2013-2017.
46) KEMUDAHAN REKREASI MENDESAK DI KAWASAN FLAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah nisbah kemudahan rekreasi kepada bilangan penduduk di kawasan perumahan flat?
-
Namakan kawasan perumahan flat yang tidak menepati nisbah yang ditetapkan serta apakah langkah pihak berkuasa tempatan bagi mengatasi perkara tersebut?
46) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI, TAMAN SRI RAYA,CHERAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Rumah Kos Rendah Taman Sri Raya, Bt. 9, Cheras yang telah meterai satu Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement) telah pada pertengahan tahun 1989 dengan pemaju Kausar Corporation Sdn. Bhd. Kini sudah 20 tahun, rumah berkenaan masih tidak dibina. Pada hujung tahun 2008, Kerajaan Negeri memutuskan bahawa pembeli akan ditawarkan rumah alternatif dan akan memastikan pemaju membayar pampasan setimpal akibat projek terbengkalai ini. Apakah perkembangan terkini dan tindakan Kerajaan Negeri menyelesaikan kes tersebut?
-
Pemaju KAUSAR Corporation Sdn Bhd menunjukkan rekod buruk dalam menyelesaikan projek perumahan untuk rakyat miskin. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyenarai hitamkan pemaju tersebut bersama dengan ahli lembaga pengarahnya?
46) PENGLIBATAN KPS DALAM INDUSTRI GAS ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan Selangor memberi butiran-butiran yang lebih terperinci tentang pembelian 40% saham dalam syarikat NGC Energy Sdn. Bhd. oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) dan sebab-sebab KPS melibatkan diri dalam industri gas asli?
46) PEMBANGUNAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang akan diambil atas pembangunan yang terbengalai lebih daripada 20 tahun di hadapan Pusat Beli Belah Damen yang terletak antara Persiaran Subang Permai dan Persiaran Kewajipan?
