46) PEMBERIAN LALUAN UNTUK LEBUH RAYA SUKE
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan Selangor telah menentukan laluan lebuh raya bertingkat SUKE?
-
Berapakah bangunan yang perlu diroboh untuk laluan tersebut?
-
Berapakah ekar hutan simpanan perlu dibersih untuk laluan SUKE?
46) SUMBER AIR MENTAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan keberkesanan operasi pengepaman air ke Sungai Selangor dan kos yang terlibat.
-
Status terkini projek Hybrid Off River Augmentation System
-
Senaraikan jumlah operasi dan kos pembenihan awan di kawasan tadahan air Empangan Sg Selangor mengikut bulan tahun ini.
46) KES MAHKAMAH MELIBATKAN MDKL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kes mahkamah yang sedang dalam proses pengurusan kes, perbicaraan dan rayuan yang melibatkan MDKL sehingga sekarang. Nyatakan juga firma dan kos guaman yang telah dibayar sehingga sekarang.
46) PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN PANGSAPURI ÒSEKINCHAN PERDANAÓ OLEH PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilakah projek pembangunan perumahan tersebut dapat dimulakan?
-
Sila nyatakan dengan detail apakah punca utama dan masalah birokrasi yang menyebabkan perancangan projek tersebut masih terbantut sehingga kini?
-
Apakah wujud elemen-elemen sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan projek pembangunan perumahan ini gagal supaya imej Kerajaan Negeri tercalar?
46) SAMBUTAN SKIM BANTUAN PERUBATAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sejak skim tersebut dilancar berapakah ramai penduduk bermanfaat dengan skim tersebut.
-
Berapakah bajet yang diperuntukkan untuk skim ini dan berapakah yang telah diberi kepada pemohon?
46) KERJA NAIK TARAF JALAN LOMBONG KAMPONG JAYA SEPAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini mengenai kerja-kerja menaik taraf sepanjang Jalan Kampong Lombong (Kampong Jaya Sepakat) selepas YAB DatoÕ Seri Menteri Besar mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM13 juta untuk projek tersebut?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat untuk menempatkan semula penghuni-penghuni rumah setinggan di sepanjang Jalan Kampong Lombong?
46) GRED PREMIS BERSIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri masih meneruskan program pengredan premis bersih ?
-
Nyatakan jumlah premis yang telah digredkan pada tahun 2018 ?
46) AGENDA PENGURANGAN ÒCARBON FOORPRINTÓ DAN GBI (GREEN BUILDING INDEX)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai dasar dan rancangan pengurangan ÒCarbon FoorprintÓ?
-
Apakah kriteria dan insentif untuk menggalakkan bangunan yang memenuhi syarat ÒGreen Building IndexÓ ?
46) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif-inisiatif lain yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam program mesra alam / Ògo greenÓ selain daripada program Hari Tanpa Plastik, dan siapa dan ke mana sasarannya?
46) PENGURUSAN ASET MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan aset-aset termasuk bangunan dan tanah yang dimiliki oleh MPSJ.
-
Nyatakan status kegunaan bagi setiap bangunan dan tanah tersebut.
-
Nyatakan hasil bulanan daripada aset-aset tersebut.
