48) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini penambahbaikan infrastruktur digital WIFI Selangorku?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah membentuk jawatankuasa infrastruktur digital dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star yanng bertajuk "Improving SelangorÕs Digital Infrastructure" pada 20 Mac 2019?
48) PEMBUANGAN SISA INDUSTRI DI TEBING SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap tebing sungai yang berulang kali menjadi tapak pembuangan sisa industri yang berbau bahan kimia?
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar kegiatan pembuangan sisa industri di tepi Sungai Aur, Pelabuhan Klang telah menyebabkan sungai tersebut menjadi sempit dan mengakibatkan banjir?
48) KEMUDAHAN PADANG AWAM/ SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah status baik pulih padang awam BT 14, Hulu Langat?
-
Mohon kerajaan menambah Pusat Sukan dan Taman Rekreasi di kawasan DUN Dusun Tua memandangkan kepadatan penduduk yang memerlukan kemudahan kawasan sukan dan rekreasi untuk beriadah.
48) EKVE (EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat terkini pembinaan EKVE (East Klang Valley Expressway) di Bandar Mahkota Cheras dan Bandar Sg Long? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Apakah langkah-langkah awal Kerajaan Negeri bagi memastikan kesesakan lalulintas tidak berlaku di persiaran Bandar Mahkota Cheras apabila kenderaan semakin bertambah menggunakan persimpangan Bandar Mahkota Cheras EKVE selepas EKVE beroperasi?
48) PRESTASI YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan / kerugian YAWAS pada tahun 2014?
-
Apakah strategi YAWAS selepas pelantikan Menteri Besar yang baharu?
48) BIL UTILITI DIBAYAR OLEH PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah keseluruhan bil utiliti untuk bekalan elektrik, air dan telekomunikasi mengikut setiap PBT bagi tahun 2015
-
Nyatakan jumlah bayaran utiliti bulanan yang dikenakan kepada setiap PBT bagi lampu jalan dari bulan Januari ke Februari tahun 2016.
48) BALAI POLIS TAMBAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan merancang untuk membina balai polis tambahan di sekitar Kota Damansara?
-
Jika ya, bilakah projek tersebut akan dilaksanakan?
48) KOLAM RENANG DI KOMPLEKS SUKAN PANDARAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Majlis Perbandaran Klang telah menyerahkan kunci kolam renang di Kompleks Sukan Pandamaran kepada Majlis Sukan Negeri Selangor pada 19 Januari 2018 tetapi sehingga kini kolam renang tersebut masih belum dibuka semula kepada orang awam. Bila ianya akan dibuka semula?
48) ISU SISA ELEKTRONIK (E-WASTE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap sisa elektronik (e-waste)?
-
Apakah kaedah sistem pelupusan yang diamalkan di Selangor untuk melupuskan sisa elektrik (e-waste) tersebut?
48) TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Soalan ini telah ditolak dalam Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 13 Oktober 2015.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaikkan bantuan yuran pengajian (IPTA/IPTS) anak-anak pekerja ladang?
-
Berapakah jumlah penerima bantuan yuran pengajian ini dari 2014-2015?
