51) PERUNTUKAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian peruntukan bagi N24 Semenyih tahun 2009.
51) PROJEK PEMBINAAN SELAYANG STARCITY MALL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Projek Selayang StarCity Mall telah berhenti hampir 2 tahun. Apa yang telah berlaku yang menyebabkan pemberhentian kerja tersebut?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor dan/ atau Majlis Perbandaran Selayang terhadap pemberhentian projek tersebut?
-
Adakah projek tersebut kini telah terbengkalai?
51) PENGUNJUNG DOMESTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah pengunjung domestik ke tempat pelancongan di Negeri Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan untuk menarik lebih pelancong ke Negeri Selangor daripada mereka ke luar negara?
51) KESIHATAN MENTAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan pesakit psikiatri setiap tahun untuk 10 tahun lepas untuk setiap hospital di Negeri Selangor.
51) HAL EHWAL EKONOMI WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif Kerajaan Selangor kepada sektor swasta untuk membantu wanita kembali bekerja selepas cuti beranak?
-
Apakah langkah - langkah Kerajaan Selangor untuk memberi peluang perniagaan / kerjaya kepada ibu yang hanya boleh bekerja dalam masa yang lebih fleksibiliti?
51) SKIM RAWATAN JANTUNG NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penerima Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Adakah pesakit jantung yang pernah menerima rawatan juga layak memohon skim ini?
-
Adakah skim ini akan diteruskan pada tahun depan?
51) PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Selangor untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai 'Low Carbon City'?
-
Apakah usaha tiap-tiap Pihak Berkuasa Tempatan untuk mencapai 'Low Carbon City'?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan tiap-tiap Pihak Berkuasa Tempatan untuk mencapai 'Low Carbon City'?
51) PENTERNAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
-
Telah menjadi pengetahuan umum bahawa terdapat program-program kerajaan termasuk bantuan dan pembiayaan kewangan untuk aktiviti-aktiviti penternakan lembu, kambing, ayam dan ikan. Persoalannya adalah Berapa banyak program-programsebegini yang telah diperkenalkan untuk tujuan berdikari di kalangan penduduk miskin di DUN Bukit Melawati? Berikan butiran yang berkaitan
-
Berikan juga senarai agensi-agensi, jenis-jenis pembiayaan dan bantuan yang disediakan
51) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kilang-kilang haram yang masih beroperasi sehingga kini mengikut daerah
-
Senaraikan kilang-kilang haram yang telah diberikan lesen sejak dua tahun lalu sehingga kini
51) KEPERLUAN DIALISIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penyakit di Negeri Selangor yang memerlukan dialisis? Sila beri butiran mengikut daerah.
-
Sila nyatakan di manakah mereka mendapat perkhidmatan dialisis.
-
Adakah kerajaan negeri ada perancangan untuk membantu golongan ini?
