6) INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan pelancong domestik yang melawat Selangor tahun 2017?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan pelancong asing yang melawat Selangor tahun 2017?
-
Sila nyatakan bagaimanakah untuk mempertingkatkan promosi pelancongan secara konsisten dan berapakah peruntukan yang disalurkan?
6) SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini skim tersebut?
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini skim tersebut?
6) PeBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah Dasar PeBT telah dilaksanakan?
-
Bilakah peluasaan program WiFi percuma akan dilaksanakan?
-
Sila kemukakan dokumen perancangan PeBT dalam aspek ekonomi, modal insan dan pendidikan dalam tempoh tahun 2013-2018?
6) KUOTA AHLI LEMBAGA PENASIHAT DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan syarat atau kelayakan penamaan calon untuk mengisi jawatan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor.
-
Sila memberikan nama-nama yang sedang, atau telah menyandang jawatan tersebut sejak tahun 2008 sehingga sekarang.
-
Sila menyatakan jumlah kuota yang diperolehi oleh setiap parti komponen di antara PKR, DAP, PAS atau AMANAH
6) PEMBANGUNAN SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapa peruntukan yang telah digunakan untuk infrastruktur sukan di Selangor pada tahun 2013-2018?
-
Apakah tindakan yang Kerajaan akan mengambil untuk memupuk aktiviti sukan supaya rakyat Selangor mengamal kehidupan yang sihat?
6) USAHAWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikan usahawan yang telah dapat manfaat dari bantuan program kerajaan Selangor sejak 2010-2016?
-
Apakah bidang yang telah menjadi fokus kerajaan dalam melahirkan usahawan IKS?
-
Berapakah pendapatan sebulan usahawan IKS yang telah berjaya mengikut bidang masing-masing?
6) HAB / INDUSTRI HALAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Hab atau Industri Halal boleh menjadi tarikan untuk menggalakkan pelabur Timur Tengah dan Eropah datang melabur. Di manakah taman perindustrian Selangor yang beroperasi untuk dijadikan Hab Halal dan apakah status perkembangannya?
-
Apakah strategi kerajaan untuk mempromosi dan menggalakkan pelaburan berdasarkan Industri Halal?
-
Apakah bentuk inisiatif yang boleh diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dalam Industri Halal di kawasan Hab Halal?
6) PERUNTUKAN TEMPAT IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada tempat ibadat selain Islam dari tahun 2013 hingga 2014 mengikut jenis agama masing-masing
6) GAJI MINIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai pekerja di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri menikmati dasar gaji minima yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor ?
-
Berapa syarikat-syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menjalan polisi gaji minima?
-
Apakah halangan utama untuk kerajaan negeri melaksanakan dasar gaji minima kepada seluruh pekerja di bawah seliaan kerajaan negeri Selangor?
6) PELABUHAN KLANG SEBAGAI SHIPPING HUB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Pelabuhan Klang terletak dalam sistem laluan pengangkutan maritim dunia dan merupakan di antara 35 pelabuhan yang terpenting dalam dunia maritim. Apakah usaha kerajaan negeri mengambil manfaat ini menjadikan Pelabuhan Klang sebagai penjana ekonomi negeri?
