5) BANJIR KILAT DI PANDAMARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Banjir kilat telah melanda kawasan Pandamaran pada 3 September 2013 dan 5 September 2013 mengakibatkan 557 keluarga mengalami kerosakan harta benda yang serius. Apakah pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menaik taraf kunci-air 51 di Jalan Papan Pandamaran dan membesarkan kolam tahanan yang sedia ada dan juga menaik taraf parit dan ÔculvertÕ di Lorong Chinniah, Pandamaran untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Pandamaran?
5) MASALAH JALAN BENDANG SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kenapa kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf jalan-jalan bendang yang berlubang dan rosak lambat dilakukan?
-
Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan tahunan yang disalurkan oleh KNS bagi membaiki jalan bendang yang bermasalah?
5) BAUCER PERAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah relevan bantuan baucar perayaan diberikan pada masa ini dan akan datang?
5) KEGIATAN PENCEROBOHAN TANAH HUTAN SIMPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan sehingga setakat ini berapakah jumlah kes-kes pencerobohan tanah hutan simpan secara haram yang telah dikenalpasti oleh pihak Kerajaan mengikut susunan daerah ?
-
Sila nyatakan apakah punca utama berlakunya pencerobohan sedemikian dan nyatakan apakah peranan pihak Jabatan Perhutanan dalam konteks pemantauan ?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh pasukan penguatkuasa untuk membendung kegiatan pencerobohan tersebut ?
5) RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua rumah ibadat di kawasan DUN Pelabuhan Klang.
-
Adakah status tanah rumah ibadat tersebut hakmilik sendiri atau kerajaan?
-
Adakah rumah-rumah ibadat ini mempunyai kelulusan tanah yang sah?
5) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah cara-cara yang telah dan boleh diambil oleh kerajaan untuk memulihkan pinjaman usahawan yang diberi oleh Program Hijrah Kerajaan Selangor kepada mereka yang gagal membuat bayaran balik mengikut jadual seperti yang dijanjikan?
5) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan boleh membantu pemasangan wifi di Sekolah Vokasional Sg Buloh?
-
Bilakah Kerajaan akan meluaskan pemasangan wifi di sekitar kawasan rumah pangsapuri Kos Rendah Bukit Rahman Putra?
5) MASALAH ANJING LIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah masalah ini real atau lebih merupakan prejudis sebahagian masyarakat terhadap haiwan ini?
-
Apakah kaedah muktamad penyelesaian anjing liar?
-
Apakah tindakan terhadap pemilik anjing peliharaan yang dilepaskan menjadi anjing liar?
5) CADANGAN PEMBINAAN PINTU KUNCI AIR PARIT 5 SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini cadangan tersebut
-
Sila nyatakan apakah halangan dan kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan dalam usaha merialisasikan cadangan pembinaan pintu kunci air tersebut?
5) KAMERA INTIPAN PEJABAT MB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Insiden intipan berkamera telah berlaku di pejabat YAB Dato' Menteri Besar dan jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan sejak sekian lama. Apakah perkembangan hasil siasatan terhadap isu tersebut?
-
Bilakah hasil siasatan tersebut akan didedahkan kepada rakyat Selangor?
-
Adakah Kerajaan negeri telus dalam menguruskan kes ini?
