5) PETANI / PESAWAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi dan program mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan para pesawah?
-
Harga sawit juga mengalami penurunan, apakah program sampingan yang boleh menambah pendapatan petani?
5) TANAH TOL PEMILIK JETI NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status TOL pemilik jeti bagi nelayan-nelayan di Selangor?
-
Berapakah jumlah yang dapat dikutip?
5) SKIM BANTUAN AM KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bantuan Am Kebajikan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri melalui JKM hanya memberi bantuan maksimum sehingga RM350 sebulan kepada penerimanya
-
Adakah mungkin amaun ini dinaikkan khusus kepada garis gaji minima hanya untuk penerima yang langsung tidak mempunyai keupayaan sara diri?
5) JOM SHOPPING WARGA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan semula JOM Shopping untuk warga emas?
5) RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua rumah ibadat bukan Islam di kawasan MBPJ mengikut bancian dan data terkini.
-
Butirkan samada tanah adalah hak milik sendiri atau tanah kerajaan.
-
Butirkan samada premis-premis ini mempunyai kelulusan tanah yang sah untuk rumah ibadat
5) INSENTIF KEPADA PELABUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan insentif-insentif yang diberikan untuk menarik minat pelabur masuk ke Selangor?
-
Apakah kaedah lain untuk menarik pelabur masuk selain memberi insentif tersebut?
5) MELINDUNGI TANAH ADAT ORANG ASAL/ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kaedah yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri bagi melindungi tanah adat Orang Asal & Asli terutamanya di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
5) PROGRAM BLUE PRINT MEMBASMI KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima bantuan Blueprint bagi DUN Bukit Melawati;
-
Bagaimanakah prestasi dan kejayaan program Blueprint setakat ini dan bagaimanakah program ini dapat membantu membasmi kemiskinan.
5) SUMBER BATUAN DAN KUARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Selain daripada mengusahakan perlombongan pasir, apakah program kerajaan untuk meningkatkan hasil batuan dan kuari?
-
Apakah kedudukan sebenar syarikat-syarikat swasta yang mengusahakan kuari menurut Daerah/PBT (mana yang berkenaan) di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menguruskan dengan lebih teratur kuari-kuari bahan batuan di seluruh Negeri Selangor?
5) ISU PENCEMARAN AIR SUNGAI DAN GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah penjelasan kerajaan terhadap kegagalan mengesan punca dan kejadian pencemaran air sungai apabila kejadian ini telah berlaku berulang kali dan begitu kerap seolah-olah kerajaan tidak pernah belajar daripada kesilapan dan kecuaiannya sendiri?
