5) KEUNTUNGAN GLC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan keuntungan semua GLC sepanjang tahun 2011.
-
Apakah masalah yang dihadapi bagi GLC bukan berorientasikan keuntungan?
5) BAS MEWAH KEMPEN PRU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
YAB Dato Menteri Besar mendakwa menyediakan bas untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 secara sewa beli. Adakah pembelian ini melibatkan kewangan negeri?
-
Berapakah kos sebenar pembelian dan penyelenggaraan bas tersebut?
-
Adakah proses audit dilakukan untuk memastikan transaksi ini betul, telus dan bertanggungjawab?
5) KEJADIAN JENAYAH DI KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah jenayah dan kesalahan yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2008 dan 2009
-
Senaraikan jumlah kakitangan polis yang dikhususkan untuk memantau keselamatan Kota Damansara.
-
Apakah tindakan-tindakan yang inovatif dan proaktif yang pernah dilakukan oleh pihak polis untuk menangani masalah ini.
5) MASALAH ANJING LIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah masalah ini real atau lebih merupakan prejudis sebahagian masyarakat terhadap haiwan ini?
-
Apakah kaedah muktamad penyelesaian anjing liar?
-
Apakah tindakan terhadap pemilik anjing peliharaan yang dilepaskan menjadi anjing liar?
5) RUMAH IBADAT KAUM INDIA DI BANDAR TEKNOLOGI KAJANG, SEMENYIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sebuah rumah di No. 63, Jalan 3/10, Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih telah diubah suai oleh pemiliknya untuk dijadikan rumah ibadat kaum India sedangkan majoriti penduduk sekitarnya adalah orang Islam. Adakah akta yang berkaitan yang membenarkan premis kediaman dijadikan rumah ibadat satu-satu kaum?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap pemilik premis tersebut yang mengubah rumah kediamannya sebagai rumah ibadah?
5) RUMAH EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Apakah status semasa Rumah EXCO tersebut?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap rumah tersebut buat masa kini?
5) PEMOTONGAN PERKHIDMATAN AIR SYABAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak pengguna Syabas di Selangor yang telah dipotong bekalan airnya akibat kelewatan membayar bil ?
-
Pengguna-pengguna Syabas yang dipotong bekalan perlu membayar RM50 sebagai yuran penyambungan bekalan air. Sehingga kini berapa pendapatan diperolehi Syabas daripada kutipan yuran ini ?
5) MASALAH SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah masalah sampah dapat diatasi?
-
Benarkah berlaku sabotaj dari pihak yang kepentingan mereka disekat?
-
Apakah pendekatan jangka panjang diambil bagi membaiki perkhidmatan sampah?
5) BIASISWA & PINJAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah sebabnya biasiswa/pinjaman Negeri Selangor semakin popular?
-
Setakat ini berapa ramaikah pelajar Negeri Selangor mendapat skim pinjaman/biasiswa Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah pinjaman/biasiswa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
5) PERUNTUKAN PENYENGGARAAN JALAN-JALAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan dari Kerajaan Negeri untuk penyenggaraan Jalan-jalan Luar Bandar (PLB)?
