58) KEMISKINAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Peratus kemiskinan mengikut kaum adalah Melayu (73%), India (20.4%), Cina (5.5%) dan lain-lain (1.1%): Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan ukuran peratusan ini?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Orang Melayu menduduki peratus tertinggi di segi kemiskinan?
-
Apakah program-program yang sedang dijalankan untuk membasmi kemiskinan menurut kumpulan kaum ini?
58) PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah terkini pusat hiburan yang berlesen dan anggaran pusat yang tidak berlesen mengikut daerah/PBT di Selangor.
-
Bagaimana pusat hiburan sama ada yang berlesen atau tidak yang telah diarah tutup oleh pihak berkuasa boleh berniaga atau dibuka semula?
-
Berapa banyak pengusaha pusat hiburan yang melanggar peraturan telah dihadapkan ke mahkamah atau dikenakan tindakan?
58) PELUPUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membina insinerator (alat pembakar sampah) terutamanya di kawasan bandar bawah pentadbiran MBPJ, MPSJ dan MBSA? Sila berikan butir-butir
-
Berapakah kapasiti tanah-tanah pelupusan sampah sedia ada dan adakah ini mencukupi keadaan semasa?
58) KEPRIHATINAN MELULUSKAN MEDICAL INSURANCE KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PEJABAT DUN DAN ADUN-ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah Kerajaan Negeri Selangor yang dikatakan prihatin untuk meluluskan Medical Insurance kepada pegawai-pegawai pejabat DUN dan ADUN-ADUN ?
58) SISTEM DAN REKOD PENANAMAN POKOK SEBAGAI LANSKAP MENGINDAHKAN ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri melalui PBT mempunyai sistem rekod serta jadual penanaman pokok dan penanaman semula pokok sebagai lanskap bagi keindahan alam sekitar?
-
Senaraikan bilangan pokok yang ditanam menurut kaedah lanskap di seluruh Selangor menurut PBT sepanjang 2015
-
Berapakah belanja yang dikeluarkan oleh setiap PBT di seluruh Selangor bagi tujuan di atas?
58) CUKAI PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jenis-jenis cukai dan lesen yang dikenakan ke atas pusat hiburan?
-
Nyatakan jumlah hasil kutipan tahunan cukai dan lesen pusat hiburan di Negeri Selangor mengikut daerah?
58) MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua masjid dan surau yang ada di DUN Kinrara.
-
Senaraikan nazir dan pengerusi serta AJK-AJK bagi setiap masjid dan surau tersebut.
-
Nyatakan peruntukan yang diberi kepada masjid dan surau tersebut untuk tahun 2013, 2014 dan 2015
58) DAERAH PETALING DAN TANAH RIZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca jumlah keluasan tanah rizab Melayu di Daerah Petaling sebagai yang terendah di seluruh Selangor?
-
Berapakah keluasan asal tanah rizab Melayu di Daerah Petaling?
-
Apakah pengambilan tanah rizab Melayu di Daerah Petaling mengikut syarat- syarat yang ditetapkan?
58) PROJEK MENGGANTI DAN MELEBARKAN JAMBATAN DI ATAS SUNGAI BATANG KALI FT001
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai pihak Kementerian Kewangan mengkaji semula nilai kontrak Projek Mengganti dan Melebarkan Jambatan di atas Sungai Batang Kali FT001? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai kemajuan kerja dan tarikh siap Projek Mengganti dan Melebarkan Jambatan di atas Sungai Batang Kali FT001? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
58) PENDAPATAN NEGERI SELANGOR UNTUK PEMBANGUNAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis pendapatan yang diperolehi kerajaan negeri? Senaraikan dan nyatakan nilai pendapatan tersebut.
-
Apakah pendapatan lain yang boleh dijana di masa akan datang?
-
Apakah usaha kerajaan negeri, memastikan kutipan cukai pendapatan daripada Selangor oleh kerajaan persekutuan dikembalikan pada kadar yang lebih tinggi berbanding sekarang?
