58) J.K.R
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Dalam mencantikkan jalan-jalan di negeri Selangor khususnya jalan negeri dan PBT telah pun dilaksanakan dengan jayanya, mendukacitakan terdapat jalanjalan persekutuan yang tidak memuaskan. kenapakah ini terjadi.
58) PENCAPAIAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah pencapaian UPSR pelajar di Negeri Selangor mengikut daerah dan perbandingan dengan negeri lain pada tahun 2007?
-
Berapa peratus kah pelajar yang berjaya ditempatkan ke sekolah khas atau asrama penuh?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan prestasi pendidikan pelajar dapat dikekalkan hingga ke peringkat menengah?
58) KEFAHAMAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apa usaha JAIS bagi memastikan masyarakat Islam mempunyai kefahaman Islam dan syariatnya yang betul?
-
Apakah pendirian JAIS tentang kenyataan Kasim Ahmad berkaitan hadith dan sunnah Rasulullah? Adakah JAIS mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan pendirian kepada masyarakat?
58) PEMBANGUNAN BELIA YANG INKLUSIF
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah Pelan Tindakan Pembangunan Belia kerajaan negeri?
-
Apakah usaha kerajaan bagi memastikan belia Selangor menjadi pemilih yang bertanggungjawab dalam pilihan raya yang akan datang?
59) DADAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Difahamkan bahawa kebanyakan penagih dadah juga terlibat dengan kes jenayah yang lain seperti menyamun, merompak dan sebagainya. Fenomena ini amat membimbangkan kerana keselamatan orang ramai tergugat. Apakah pandangan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan pusat pemulihan dadah? Jika tidak, mengapa?
59) PARIT DAN SALIRAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Agensi manakah di peringkat kerajaan negeri yang bertanggungjawab menyelenggarakan kemudahan infra parit dan saliran luar bandar?
-
Apakah mekanisme untuk memastikan tahap kebersihan kemudahan ini sentiasa baik?
-
Apakah syarat untuk menggantikan parit tanah kepada konkrit?
59) PRESTASI UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Adakah benar UNISEL dijadikan tempat untuk mengambil pelajar-pelajar yang dipecat oleh universiti-universiti lain?
-
Adakah prestasi UNISEL akan terjejas berikutan kemasukan pelajar- pelajar yang bermasalah tersebut?
59) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN SIMPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang masalah pencerobohan hutan simpan Raja Musa bersebelahan ladang Hopefull, mukim Ulu Tengi?
-
Sila nyatakan apakah bentuk tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri terhadap masalah tersebut ?
-
Setakat ini, adakah pihak Kerajaan Negeri mengenal pasti siapakah dalang atau ketua sindiket yang melakukan kerja-kerja tersebut dan apakah motif mereka ?
59) PRESTASI PEPERIKSAAN PELAJAR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik prestasi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pelajar negeri dari tahun 2008 - 2013?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya di kawasan luar bandar?
59) PEMBERDAYAAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor dengan peruntukan RM50 juta akan dimulakan?
-
Apakah strategi bagi meluas dan melebarkan program-program Skim Mikrokredit?
-
Bilakah kemudahan nurseri dan tadika di bangunan kerajaan akan dimulakan?
