59) PERUNTUKAN UNTUK PENGGANTIAN PAIP USANG BAWAH NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tabung-tabung/ peruntukan yang boleh atau pernah digunakan bagi kos penggantian paip usang di bawah Negeri Selangor.
59) PROMOSI PELANCONGAN SELANGOR SECARA BERSEPADU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat usaha mempromosi tempat pelancongan di seluruh Selangor dalam bentuk satu pakej dan bukannya terpisah-terpisah?
59) SKIM BANTUAN KESIHATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Berapa lamakah prosedur kelulusan permohonan Skim Bantuan Kesihatan, dari saat data dimasukkan secara online?
-
Kategori sakit atau masalah kesihatan yang diberi bantuan di bawah Skim Bantuan Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor?
59) PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPANAN KEKAL UNTUK PEMBINAAN LEBUHRAYA KLORR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan memberi penerangan tentang kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar tentang penyahwartaan (degazzette) hutan simpanan kekal untuk membina lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR).
59) KUTIPAN ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kutipan zakat harta dan fitrah sepanjang tahun 2008 yang lalu serta bilangan pembayar yang telah menunaikannya? Berikan sekali jumlah agihan zakat tahun yang sama mengikut kategori asnaf. Berapakah kutipan sasaran zakat harta dan fitrah untuk tahun 2009 ini?
59) POLISI PERUMAHAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nisbah peratusan kuota bumiputera dan bukan bumiputera untuk projek perumahan kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2011.
-
Jabatan manakah yang bertanggungjawab untuk mengkaji serta menentukan Pelan Tindakan Perumahan untuk Negeri Selangor dan berapa kerapkah kajian tentang dasar perumahan negeri dijalankan bagi memenuhi keperluan semasa?
-
Apakah pendekatan yang diambil oleh kerajaan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah?
59) JUMLAH SEKOLAH TAHFIZ YANG MASIH BELUM BERDAFTAR DAN TINDAKAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah sekolah tahfiz yang masih belum berdaftar dengan JAIS dan berapakah yang telah diambil tindakan seperti yang dititahkan DYMM Sultan Selangor?
59) BIAYA SISWA KUIS & UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai yang lengkap peserta Skim Peduli Siswa serta jumlah pembiayaan masing-masing
59) PENYELESAIAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah pertaburan menurut daerah sejumlah 1,296 kilang yang telah diluluskan permohonan untuk menukar syarat tanah secara sah?
-
Apakah pecahan menurut jenis perkilangan atau industri yang melibatkan pengutipan premium tambahan sejumlah kira-kira RM112 juta oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah pertaburan menurut PBT bayaran lesen sementara yang berjaya dikutip dengan jumlah RM1.2 juta?
59) PRESTASI PEPERIKSAAN PELAJAR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik prestasi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pelajar negeri dari tahun 2008 - 2013?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya di kawasan luar bandar?
