59) DASAR DAN POLISI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa dasar dan polisi yang disyaratkan kepada syarikat-syarikat swasta/perniagaan bagi membantu pemeliharaan alam sekitar di bawah Negeri Selangor? (Contoh: Supermarket wajib sediakan tong sampah kitar semula/stesen petrol wajib sediakan tempat pembuangan bateri yang sudah tidak dipakai/ straw tidak dibenarkan diguna pada cafe, etc.)
-
Sekiranya ada, apakah syarat-syarat ataupun polisi terbaru yang ditetapkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini?
59) SISWAZAH MENGANGGUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah siswazah yang masih belum mendapat pekerjaan sehingga kini dan pecahannya mengikut daerah di negeri Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan yang telah diambil bagi mengatasi masalah siswazah menganggur?
-
Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan bagi mengurangkan masalah tersebut?
59) MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Adakah di dalam perancangan Kerajaan untuk menaik taraf sistem perparitan dan saliran terutama di kawasan kampung yang sudah tidak mampu menampung aliran air akibat pembangunan yang melibatkan pembukaan tanah kebun dan ladang?
59) PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPANAN KEKAL UNTUK PEMBINAAN LEBUHRAYA KLORR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan memberi penerangan tentang kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar tentang penyahwartaan (degazzette) hutan simpanan kekal untuk membina lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR).
59) USIA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR 3 TAHUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Pada bulan Mac 2011 usia Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor tiga tahun. Sejauh manakah kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor dalam tempoh 3 tahun ini?
-
Apakah halangan-halangan yang dihadapi dalam tempoh tiga tahun tersebut?
-
Apakah usaha yang akan dilakukan bagi mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor?
59) YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Selangor. Adakah pelantikan tersebut mengikut perlembagaan syarikat?
-
Sila jelaskan pendapatan yang diperuntukkan kepada CEO Yayasan Selangor
-
Sila jelaskan status kewangan Yayasan Selangor dan status peruntukan yang diberi untuk tujuan pendidikan.
59) ISU PENAIKTARAFAN INFRASTUKTUR SECARA SISTEMATIK DI KAMPUNG BARU SERI KEMBANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana pihak MPSJ akan menganti dan membaiki infrastuktur asas seperti jalan dan longkang yang lama dan rosak secara sistematik di Kampung Baru Seri Kembangan?
-
Adakah MPSJ akan menyediakan satu infrastructure blueprint untuk kampung tersebut?
59) PEMBATALAN PROJEK PERUMAHAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Senaraikan nama-nama projek tersebut bersama nama pemaju?
-
Apakah tindakan yang di ambil oleh Kerajaan terhadap pemaju yang gagal menyiapkan rumah SelangorKu?
59) KEUSAHAWANAN DAN PENAIKTARAFAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Minta kerajaan negeri kemukakan cadangan untuk membina kiosk untuk membantu golongan penjaja kecil
-
Minta kerajaan negeri kemukakan jumlah peruntukan yang dikeluarkan untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Selangor dari tahun 2010-2013
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk meningkatkan peruntukan pembangunan di setiap DUN untuk merangsang aktiviti keusahawanan di Selangor
59) PRESTASI BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BERHAD (BBGC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan / kerugian BBGC dari 2008 hingga 2013?
-
Apakah faktor menyebabkan kerugian tersebut?
-
Apakah strategi untuk meneruskan operasi dan meningkatkan pendapatan BBGC?
