58) GLC

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah keseluruhan syarikat GLC kerajaan Selangor setakat ini?

  2. Senaraikan semua GLC Selangor yang mendapat keuntungan dan senaraikan semua GLC Selangor yang mengalami kerugian.

  3. Apakah punca-punca kerugian yang dialami oleh GLC berkenaan?

58) MEMBENDUNG PERMASALAHAN GOLONGAN BELIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Golongan belia yang tidak dapat meneruskan alam persekolahan banyak terlibat dengan masalah juvenil / sosial masyarakat. Apakah langkah strategik dan pendekatan holistik yang diambil untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat selain usaha kaunseling kepada individu serta ibu bapa terlibat yang dilakukan oleh pihak berwajib, jabatan agama atau NGO yang terlibat?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana dan apakah program yang dirangka atau disusun oleh kerajaan bagi cuba merapati serta mendekatkan mereka dengan masyarakat berbilang kaum yang sihat?

    Klik jawapan »

58) PENGUATKUASAAN JAIS

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan bilangan operasi penguatkuasaan, bilangan saman, kompaun dan tindakan mahkamah yang telah dijalankan oleh JAIS pada tahun 2014

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan kes-kes yang masih belum dibawa ke mahkamah oleh Jabatan Peguam Negara dan nyatakan sebab-sebabnya jika ada.

    Klik jawapan »

58) KEBAJIKAN IBU TUNGGAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah Kerajaan Negeri tidak serius mengambil poligami sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan permasalahan ibu tunggal agar mereka mendapat pembelaan dan kebajikan mereka dipelihara dalam negeri ini?

    Klik jawapan »

58) DASAR DAN POLISI MEMBENARKAN WARGA ASING MENJALANKAN PERNIAGAAN KECIL/ SEDERHANA DALAM NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Selangor untuk membenarkan warga asing menjalankan perniagaan kecil / sederhana dalam Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar dan garis panduan Kerajaan Selangor untuk meluluskan lesen perniagaan yang dijalankan oleh warga asing atas nama syarikat yang mempunyai pengarah warganegara Malaysia?

    Klik jawapan »

58) MASALAH PUSAT SIBER MENJALANKAN AKTIVITI BERJUDI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Apakah cara Kerajaan membanteras masalah pusat siber berunsur perjudian yang semakin berleluasa?

    Klik jawapan »

  2. Adakah agensi kerajaan lain seperti polis, Kementerian Kerajaan Persekutuan, Tenaga Nasional Berhad memberi kerjasama penuh?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kekangan yang dihadapi untuk membanteras masalah tersebut?

    Klik jawapan »

58) TANAH PERKUBURAN BUKAN ISLAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Kawasan tanah perkuburan bukan Islam yang disediakan oleh kerajaan semakin berkurangan. Penduduk-penduduk terpaksa mendapatkan tanah swasta untuk pengebumian dan kosnya adalah amat tinggi. Di kawasan Balakong, adakah tapak baru yang sesuai untuk dijadikan kawasan perkuburan bukan Islam?

    Klik jawapan »

  2. Jika ada di manakah tempat yang telah diwartakan untuk dijadikan tapak bagi perkuburan bukan Islam?

    Klik jawapan »

58) HAK MILIK TANAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah bahawa di dalam negeri Selangor, terdapat 14,442 hartanah yang telah diberikan taraf hak milik selamanya / tetap di mana pula adanya 14,167 hartanah yang di bawah taraf pajakan? Apakah kriteria dan syarat untuk kedua-dua jenis taraf pemilikan tanah sejak ia nampaknya tidak adil?

    Klik jawapan »

  2. Jadi kalau terdapat 1487 tapak di Petaling Jaya yang mempunyai tempoh masa kurang daripada 10 tahun dalam pajakan mereka dan bahawa kawasan Bukit Gasing mempunyai kebanyakan daripada pemilikan tanah bawah kategori ini, apakah langkahlangkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk beri perhatian kepada isu ini dan jika kerajaan akan mengambil kira pertimbangan faktor-faktor sejarah dan perlembagaan untuk membuat keputusan secara memihak taraf hak milik selamanya / tetap di Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah dasar yang kekal akan diwujudkan, yang akan menggabungkan pertimbangan aspek tanah dari segi sejarah dan perlembagaan untuk menentukan jenis hak milik tanah di Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

58) RUMAH-RUMAH URUT TIDAK BERLESEN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak rumah urut beroperasi di sebalik perniagaan kedai penjagaan kesihatan, Refleksologi, SPA dsbnya. Apakah tindakan PBT menangani masalah ini. Bagaimana Operasi Bersepadu yang dibuat tidak berkesan sedangkan terdapat agensi penguatkuasaan yang lain terlibat?

    Klik jawapan »

58) PEMBANGUNAN TARIAN SINGA

Tahun:

Sesi:

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah diambil oleh Kerajaan untuk membantu pembangunan tarian singa yang merupakan sukan dan kebudayaan negara kita?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah Kerajaan Negeri boleh memberi kemudahan latihan kepada pertubuhan-pertubuhan tarian singa di Selangor?

    Klik jawapan »