59) ISU PENAIKTARAFAN INFRASTUKTUR SECARA SISTEMATIK DI KAMPUNG BARU SERI KEMBANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana pihak MPSJ akan menganti dan membaiki infrastuktur asas seperti jalan dan longkang yang lama dan rosak secara sistematik di Kampung Baru Seri Kembangan?
-
Adakah MPSJ akan menyediakan satu infrastructure blueprint untuk kampung tersebut?
59) PEMBATALAN PROJEK PERUMAHAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Senaraikan nama-nama projek tersebut bersama nama pemaju?
-
Apakah tindakan yang di ambil oleh Kerajaan terhadap pemaju yang gagal menyiapkan rumah SelangorKu?
59) PENYELESAIAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah pertaburan menurut daerah sejumlah 1,296 kilang yang telah diluluskan permohonan untuk menukar syarat tanah secara sah?
-
Apakah pecahan menurut jenis perkilangan atau industri yang melibatkan pengutipan premium tambahan sejumlah kira-kira RM112 juta oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah pertaburan menurut PBT bayaran lesen sementara yang berjaya dikutip dengan jumlah RM1.2 juta?
59) PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 165: ÒPada pendapat Audit, pengurusan Projek Tebatan Banjir Negeri Selangor/Lembah Klang - Pembaikan Sg Damansara tidak memuaskan kerana sebahagian daripada L shape drain mengalami kegagalan. JPS bertanggungjawab untuk mengambil tindakan pembetulan dengan segeraÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 83, Para 7.5.1.1(a) menyatakan: ÒSatu jawatankuasa penyelarasan projek tebatan banjir akan dilaksanakan bagi memantau reka bentuk dan pelaksanaan projek mulai tahun iniÓ. Sudahkah jawatankuasa ini ditubuhkan dan siapakah yang menganggotainya?
-
Apakah program dan jadual pemantauan reka bentuk yang telah diwujudkan?
-
Apakah langkah-langkah Jabatan untuk mengelakkan masalah ini berulang kembali?
59) EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah pelaburan asing di dalam negeri Selangor pada masa kini berbanding tahun 2007. Adakah ianya berdaya maju dan mampu untuk menyumbang kepada pendapatan negeri?
-
Sehingga kini berapa banyakkah sumber perolehan PKNS,keuntungan,kerugian yang ditanggung jika ada. Apakah perancangan PKNS dalam tahun 2011 dan adakah ianya membantu pendapatan negeri
59) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan untuk membangunkan dan menaiktaraf pantai Batu Laut untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan peranginan?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan dan perancangan akan dating untuk menjadikan pertanian dan Industri Kecil dan Sederhana sebagai tarikan "agro tourism" di kawasan Tanjung Sepal.
60) KONVENSYEN IDENTITI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Konvensyen di atas diadakan di Subang Jaya pada 11-12 Oktober 2011. Sejauh manakah pentingnya konvensyen tersebut?
-
Siapakah pakar-pakar yang memberi idea bagi identiti Negeri Selangor?
-
Apakah intisari identiti Negeri Selangor yang diperoleh dalam konvensyen tersebut?
60) PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan projekprojek paip dan tangki air yang berkaitan?
60) PERUNTUKAN SEKOLAH SEJAK 2008 HINGGA SEKARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan kerajaan untuk seluruh DUN Selat Klang untuk SAR, SJKT, SJKC.
-
Perincikan mengikut nama sekolah dan tahun.
60) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Memohon senaraikan jumlah rumah ibadat bukan Islam berdaftar dan tidak berdaftar dalam Pentadbiran MPAJ serta tempoh operasi.
-
Memohon senaraikan jumlah tapak rumah ibadat bukan Islam yang masih belum serah kepada mana mana pihak dalam Daerah Hulu Langat setakat Oktober 2018.
