60) BANTUAN SOKONGAN MUALAF
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Selain bantuan kewangan, apakah bentuk bantuan bersepadu yang lain yang boleh diberikan bagi mempertingkatkan keilmuan dan keimanan saudara baru di Selangor?
-
Berapakah jumlah mualaf yang didaftarkan di seluruh Selangor tahun 2009 dan DUN Meru 2009.
60) STESEN BAS AWAM BESTARI JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Stesen Bas Awam Bestari Jaya dalam keadaan terbiar seperti tandas-tandas yang tidak berfungsi begitu lama dan ketiadaan tempat berteduh bagi penumpang- penumpang yang menunggu bas. Siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengendalian stesen bas tersebut?
60) PUSAT RAWATAN DIALISIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan usaha dan tindakan yang telah diambil bagi menjayakan perancangan pusat rawatan dialisis rakyat di seluruh daerah negeri Selangor dan bagaimanakah statusnya setakat hari ini.
60) BANTUAN & BIASISWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah status pelaksanaan manifesto ini?
-
Beri statistik jumlah bantuan dan penerima bantuan atau biasiswa dari kerajaan negeri atau anak syarikatnya dari 2008 hingga 2013?
60) TANAH RIZAB PERKUBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Tanah rizab perkuburan di Kg Giching tidak dapat menampung kehendak penduduk tempatan akibat penambahan penduduk yang pesat. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini?
60) LEMBAGA PERUMAHAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa unitkah rumah di bawah kawalan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan nyatakan di mana?
-
Nyatakan secara terperinci bilangan unit yang telah diisi dan unit yang masih kosong mengikut daerah
-
Aduan rakyat banyak unit kosong atau ditinggalkan. Apakah langkah LPHS mengatasinya?
60) PEMINDAHAN ASET BALKIS KEPADA BAKTI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya ke 12 BALKIS telah memindahkan asetnya berjumlah RM9.9 juta ke dalam akaun BAKTI. Mengapakah dilakukan pemindahan aset berkenaan secara tergesa-gesa?
-
Adakah cara yang dilakukan bercanggah dengan perundangan?
-
Adakah sebarang tindakan undang-undang diambil?
60) PERUNTUKAN UNTUK PENYELIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Jumlah peruntukan untuk penyelidikan adalah RM2.8 juta di dalam Perbelanjaan Pembangunan Negeri Selangor 2014 bagi sektor sosial. Apakah rasional kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk penyelidikan?
-
Apakah Key Result Area (KRA), Objektif Strategik dan KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam penyelidikan berkaitan pembangunan dan agenda strategik?
-
Apakah asas agihan peruntukan kepada badan-badan penyelidikan di Selangor?
60) PRESTASI SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE (SSIC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perolehan pendapatan dan keuntungan SSIC 2008-2013?
-
Apakah projek-projek utama SSIC dan prestasinya?
-
Apakah strategi SSIC untuk meningkatkan prestasi pendapatannya?
60) GERAN SELANGORKU DIBAWAH MBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan semua projek yang telah dibuat oleh MBI menggunakan Dana geran Selangorku di DUN Teluk Datuk sejak tahun 2008 hingga 2013 bulan Mei.
-
Sila menyatakan butir2 nama syarikat kontraktor dan kos setiap projek dibuat.
-
Apakah dasar dan garis bantuan MBI putuskan sama ada sesuatu projek itu diluluskan atau di tolak?
