60) STESEN BAS AWAM BESTARI JAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Stesen Bas Awam Bestari Jaya dalam keadaan terbiar seperti tandas-tandas yang tidak berfungsi begitu lama dan ketiadaan tempat berteduh bagi penumpang- penumpang yang menunggu bas. Siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengendalian stesen bas tersebut?

    Klik jawapan »

60) KES PEROBOHAN RUMAH DAN KEDAI SERTA PENGUSIRAN PENDUDUK

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan merancang untuk menyiasat anasir dalaman yang mungkin wujud daripada perobohan rumah dan kedai serta pengusiran penduduk di Persimpangan MRR2 di Kampung Pasir, Hulu Kelang dan perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dengan tujuan memburukkan imej kerajaan?

    Klik jawapan »

60) PELUANG PEKERJAAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Buat masa ini,hanya beberapa kilang sahaja masih beroperasi di Bukit Melawati. Sebahagian besar penduduk terpaksa berulang-alik ke Kapar, Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya untuk bekerja .Lima tahun dahulu, beberapa kilang yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih kurang 3000 orang pekerja telah ditutup di kawasan Bukit Melawati. Apakah tindakan yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan mengkaji bagi kilang -kilang ini beroperasi semula ?

    Klik jawapan »

  2. Atau boleh tak membawa masuk pelabur -pelabur baru ?

    Klik jawapan »

60) PROGRAM MERAWAT AIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk melaksanakan program merawat air dengan menggunakan teknologi penapisan air membran dan adakah teknologi ini cost effective berdasarkan jumlah permintaan air yang dirawat bagi sesuatu tempoh?

60) ‘FLYOVER’ / JAMBATAN JALAN UNIVERSITI PETALING JAYA – BULATAN LAMA UNIVERSITI

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Perbincangan-perbincangan antara MBPJ / SYABAS, Tenaga Nasional dan Petronas Gas telah berlanjutan sejak 2006-2007 berkenaan kerja pembaikan untuk dijalankan di sekitar jambatan. Apakah status keputusan ke atas kos dan tanggungjawab-tanggungjawab jabatanjabatan kerajaan berkenaan isu ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh MBPJ untuk memastikan bahawa tidak berlakunya pembocoran paip-paip saluran utama air, SYABAS, disebabkan oleh berat jambatan yang juga mungkin boleh menyebabkan keruntuhan jambatan tersebut?

    Klik jawapan »

60) BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah biasiswa dan pinjaman yang telah diberi dari tahun 2008 hingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan kuota biasiswa dan pinjaman mengikut kaum

    Klik jawapan »

60) AKTIVITI PERNIAGAAN DI PREMIS KEDIAMAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan semua premis kediaman yang diketahui melakukan aktiviti perniagaan.

    Klik jawapan »

  2. Bagi setiap premis tersebut, sila butirkan tindakan notis, amaran, kompaun dan pendakwaan yang dilakukan pada tahun 2017 dan 2018.

    Klik jawapan »

60) TANAH RIZAB PERKUBURAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Tanah rizab perkuburan di Kg Giching tidak dapat menampung kehendak penduduk tempatan akibat penambahan penduduk yang pesat. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

60) PENIPUAN TANAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Selangor telah membuat siasatan mengenai penipuan tanah yang melibatkan ratusan jutaan ringgit di Selangor. Sila senaraikan bilangan kes penipuan tersebut dan Pejabat Tanah yang terlibat ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah hasil siasatan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membanteras penipuan tersebut?

    Klik jawapan »

60) TOURISM SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan segala usaha promosi pelancongan yang diadakan oleh Tourism Selangor sepanjang tahun 2009 dan berikan perbelanjaan setiap satu acara promosi ini.

    Klik jawapan »