60) USAHA MENINGKATKAN BUDAYA DAN TEKNOLOGI HIJAU MASYARAKAT UMUM

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2020 bagi meningkatkan budaya dan teknologi hijau di kalangan masyarakat umum (RA/RT) bagi pembangunan mampan bersifat hijau?

    Klik jawapan »

60) STESEN BAS AWAM BESTARI JAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Stesen Bas Awam Bestari Jaya dalam keadaan terbiar seperti tandas-tandas yang tidak berfungsi begitu lama dan ketiadaan tempat berteduh bagi penumpang- penumpang yang menunggu bas. Siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengendalian stesen bas tersebut?

    Klik jawapan »

60) PEMAJU PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Banyak aduan telah diterima daripada penghuni rumah-rumah pangsa mengenai unit rumah mereka yang rosak. Pemaju-pemaju yang bertanggungjawab sering memberi alasan bahawa segala kerosakan sudah tidak dalam tanggungjawab mereka. Masalah penduduk rumah panjang sementara di PJS 1 masih belum selesai. Pemaju Peters Brickwork melengah-lengahkan pembinaan pangsapuri Blok F atas alasan tiada kewangan sedangkan pembinaan pusat komersil sedang berjalan dengan pesat di tapak berdekatan. Bagaimana para penghuni boleh mendapat pembelaan setiap kali aduan mereka tidak dilayani?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan terhadap pemaju yang enggan menunaikan tanggungjawab terhadap pembeli unit pangsapuri?

    Klik jawapan »

60) KADAR INFLASI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapakah unjuran kenaikan kadar inflasi tahun 2008 Negeri Selangor selepas Kerajaan Pusat menaikkan harga minyak petrol dan diesel secara drastik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah proaktif yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan impak kemelesetan ekonomi ke tahap yang paling minima angkara kenaikan harga minyak?

    Klik jawapan »

60) KEGAWATAN EKONOMI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh manakah terjejasnya sektor perindustrian di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kilang-kilang yang terpaksa ditutup?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi meringankan beban yang dialami pekerja?

    Klik jawapan »

60) PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan syarikat-syarikat yang menerbitkan buku-buku modul Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk tahun 2019.

    Klik jawapan »

  2. Apakah nilai kontrak penerbitan buku yang telah dipersetujui?

  3. Bilakah request for proposal (RFP) untuk penerbitan buku modul tahun 2020 akan dibuka?

60) TANAH RIZAB PERKUBURAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Tanah rizab perkuburan di Kg Giching tidak dapat menampung kehendak penduduk tempatan akibat penambahan penduduk yang pesat. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

61) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Dalam manifesto pilihanraya yang ke-13 yang lalu, Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar berjanji untuk melaksanakan dua program berikut:- 1. Menubuhkan Yayasan Pembangunan Usahawan Selangor. 2. Membina gerai-gerai untuk peniaga kecil di Bandar. Sejauh manakah perlaksanaan program ini telah dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peruntukan yang telah ditetapkan untuk program ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah sasaran Kerajaan dalam melaksanakan program ini?

    Klik jawapan »

61) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Selayang Baru adalah perkampungan lama yang kini mengalami pertumbuhan pesat dan menghadapi masalah densiti penduduk yang padat. Pembangunan yang tidak terancang ini telah memberi kesan buruk kepada sistem perparitan. Longkang besar (monsoon drain) sedia ada sudah tidak lagi dapat menampung saliran air lebih-lebih lagi ketika hujan lebat sehingga berlaku banjir kilat di kawasan-kawasan sekitar. Apakah perancangan pembangunan yang akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi menyelesaikan masalah banjir kilat ini untuk jangka masa panjang demi memelihara kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut

    Klik jawapan »

  2. Adakah penyelesaian bagi masalah banjir yang telah lama dihadapi ini dimasukkan oleh MPS atau Kerajaan Negeri Selangor sebagai salah satu projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

    Klik jawapan »

61) PERUNTUKKAN BAGI MASJID DAN SURAU DI KAWASAN DEWAN NEGERI PELABUHAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada masjid dan surau bagi Kawasan Dewan Negeri Selangor Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan masjid-masjid tersebut mengikut Mukim

    Klik jawapan »