61) PERUNTUKAN RUMAH BERIBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang bakal di peruntukan kepada rumah beribadat bukan Islam pada tahun 2008 dan 2009.
-
Berapakah jumlah minima peruntukan yang bakal diterima untuk seseunit rumah berhala.
61) MINAT MEMBACA DI PERPUSTAKAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri bagi mewujud dan menanamkan minat membaca di kalangan rakyat di Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengadakan sebarang bentuk program ÒroadshowÓ seperti program berbentuk ilmiah bagi menarik minat rakyat untuk membaca dan mendapatkan ilmu di perpustakaan?
-
Nyatakan program-program yang telah serta akan dianjurkan dan berapa peratuskah keberjayaan sesebuah program tersebut?
61) PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK LELAKI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status perlaksanaan skim pemeriksaan kanser untuk lelaki, seperti yang dijanjikan di dalam manifesto PRU ke 13?
61) PROGRAM KERAJAAN DI HOTEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua perbelanjaan, nama hotel, program dan jabatan-jabatan yang terlibat bermula tahun 2008 sehingga sekarang.
61) Infrastruktur Sukan
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan DUN Sentosa mengikut pecahan taman.
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan bagi pembinaan gelanggang tersebut? Sila pecahkan peruntukan Persekutuan dan Negeri.
61) SENARAI TAMAN BAWAH SETIAP LRA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci setiap taman perumahan bawah setiap LRA.
61) JAWATANKUASA TEKNIK OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Senaraikan PBT yang telah menubuhkan Jawatankuasa Teknik OKU
-
Apakah perubahan yang telah berlaku dalam memudahkan OKU sejak penubuhan jawatankuasa ini
-
Selain daripada MBPJ, adakah konsep "Van Transit OKU" secara percuma akan dilaksanakan oleh setiap PBT?
61) PUSAT SIBER RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Pusat Siber Rakyat (PSR) yang akan mengintegrasikan perpustakaan buku-buku yang berbentuk fizikal dan maklumat dalam bentuk digital Berapakah PSR yang telah dibina dan kos perbelanjaannya?
-
Apakah langkah-langkah untuk memastikan PSR tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.
61) NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan dan strategi Kerajaan Negeri untuk menangani penyakit denggi dan zika yang dibawa oleh nyamuk aedes?
-
Apakah peruntukan kewangan Kerajaan Negeri untuk tahun 2016 untuk tujuan ini, berbanding tahun 2015?
-
Adakah PBT memberi kerjasama yang diperlukan?
61) SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah bilangan dan nama sekolah Agama Rakyat yang ada di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?
-
Adakah pihak Kerajaan Persekutuan turut memberi bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat di Negeri Selangor? sila berikan butir-butir
-
Sila nyatakan bagaimanakah pencapaian prestasi pelajar-pelajar SAR Negeri Selangor jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar SAR negeri yang lain?
