61) PADANG FUTSAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah padang futsal yang ada di negeri Selangor?
-
Nyatakan jumlah padang futsal yang diselenggara oleh kerajaan negeri mengikut DUN?
61) MENANGANI JANGKITAN VIRUS ZIKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah persediaan dan langkah pencegahan bagi menangani jangkitan zika yang kini menular di benua Amerika memandangkan vektor pembawa virus ini adalah nyamuk aedes?
-
Nyatakan agensi yang terlibat sekiranya berlaku wabak ini di Selangor
61) KEBOLEHPASARAN GRADUAN UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Pada tahun 2017 dan 2018, berapa ramaikah graduan tempatan UNISEL yang dilaporkan telah berjaya mendapat pekerjaan di Negeri Selangor?
-
Apakah jenis industri yang dipilih oleh graduan tempatan UNISEL yang bekerja di Selangor?
61) STATUS BILLBOARD DI SEPANJANG LEBUHRAYA MRR II
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Setakat manakah kuasa PBT terhadap kawasan yang didirikan billboard di sepanjang Lebuh raya MRR II dan jika ianya benar di bawah kuasa PBT, adakah Kerajaan bercadang mewujudkan satu Task Force bertujuan untuk pemutihan billboard tersebut dan memohon TOL bagi mengambil alih aktiviti billboard berkenaan.
61) PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK LELAKI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status perlaksanaan skim pemeriksaan kanser untuk lelaki, seperti yang dijanjikan di dalam manifesto PRU ke 13?
61) MASALAH PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan perancangan Kerajaan Negeri terhadap pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang berhutang banyak dan tidak mampu lagi menanggung kos pembayaran perkara-perkara penting seperti penyelenggaraan lif, bil air dan sebagainya?
-
Sila senaraikan jabatan-jabatan dan maklumat perhubungan mereka untuk permohonan program Smart Life, SEROJA dan ISS (Indah Smart Selangor).
-
Selain daripada skim bantuan diatas, adakah terdapat program-program bantuan lain di bawah peringkat Kerajaan Tempatan bagi membantu pangsapuri kos rendah?
61) BANTAHAN MENGIMPLEMENTASI KUTIPAN FI PARKIR DALAM KAWASAN INDUSTRI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian kerajaan bagi mengimplementasi kutipan Fi Parkir dalam kawasan perindustrian?
-
Kebanyakan Persatuan Perindustrian membantah Implementasi Fi Parkir dalam kawasan Perindustrian, adakah Keranjaan Negeri menimbang semula jika pendirian kerajaan negeri menyokong menjalankan kutipan fis parkir dalam kawasan tersebut?
61) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menyediakan rumah mampu milik di kawasan DUN Sungai Pelek di tahun 2017 sekiranya ada tempat yang bersesuaian?
61) JAWATANKUASA TEKNIK OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Senaraikan PBT yang telah menubuhkan Jawatankuasa Teknik OKU
-
Apakah perubahan yang telah berlaku dalam memudahkan OKU sejak penubuhan jawatankuasa ini
-
Selain daripada MBPJ, adakah konsep "Van Transit OKU" secara percuma akan dilaksanakan oleh setiap PBT?
61) NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan dan strategi Kerajaan Negeri untuk menangani penyakit denggi dan zika yang dibawa oleh nyamuk aedes?
-
Apakah peruntukan kewangan Kerajaan Negeri untuk tahun 2016 untuk tujuan ini, berbanding tahun 2015?
-
Adakah PBT memberi kerjasama yang diperlukan?
