61) BANTAHAN MENGIMPLEMENTASI KUTIPAN FI PARKIR DALAM KAWASAN INDUSTRI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendirian kerajaan bagi mengimplementasi kutipan Fi Parkir dalam kawasan perindustrian?

    Klik jawapan »

  2. Kebanyakan Persatuan Perindustrian membantah Implementasi Fi Parkir dalam kawasan Perindustrian, adakah Keranjaan Negeri menimbang semula jika pendirian kerajaan negeri menyokong menjalankan kutipan fis parkir dalam kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

61) ISU OPERASI SERBUAN OLEH PIHAK JAIS KE ATAS GEREJA DUMC

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah sebab-sebab yang telah diberikan oleh pihak JAIS untuk melakukan serbuan ke atas gereja DUMC? Sila memberikan laporan penuh.

  2. Siapakah yang telah memberikan kebenaran kepada pihak JAIS untuk menjalankan operasi serbuan tersebut?

  3. Apakah keputusan-keputusan atau penemuan-penemuan pihak JAIS, secara teliti, setelah mereka melakukan serbuan tersebut? Sila memberikan laporan penuh.

61) NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendekatan dan strategi Kerajaan Negeri untuk menangani penyakit denggi dan zika yang dibawa oleh nyamuk aedes?

  2. Apakah peruntukan kewangan Kerajaan Negeri untuk tahun 2016 untuk tujuan ini, berbanding tahun 2015?

  3. Adakah PBT memberi kerjasama yang diperlukan?

61) PUSAT SIBER RAKYAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Pusat Siber Rakyat (PSR) yang akan mengintegrasikan perpustakaan buku-buku yang berbentuk fizikal dan maklumat dalam bentuk digital Berapakah PSR yang telah dibina dan kos perbelanjaannya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah untuk memastikan PSR tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

    Klik jawapan »

61) JAWATANKUASA TEKNIK OKU

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan PBT yang telah menubuhkan Jawatankuasa Teknik OKU

    Klik jawapan »

  2. Apakah perubahan yang telah berlaku dalam memudahkan OKU sejak penubuhan jawatankuasa ini

    Klik jawapan »

  3. Selain daripada MBPJ, adakah konsep "Van Transit OKU" secara percuma akan dilaksanakan oleh setiap PBT?

    Klik jawapan »

61) SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun:

Sesi:

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan dan nama sekolah Agama Rakyat yang ada di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak Kerajaan Persekutuan turut memberi bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat di Negeri Selangor? sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan bagaimanakah pencapaian prestasi pelajar-pelajar SAR Negeri Selangor jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar SAR negeri yang lain?

    Klik jawapan »

61) PRESTASI SUKAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah Sukan di Negeri Selangor meningkat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bidang-bidang yang ketara meningkat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan masa depan?

    Klik jawapan »

61) SELANGOR KINI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah keanggotaan dan perbelanjaan Communication Corporation Sdn Bhd. mengikut tahun sejak tahun 2008

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah perbelanjaan terbitan surat khabar 'Selangor Kini' mengikut tahun sejak tahun 2008

    Klik jawapan »

61) TUNGGAKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah sebenar yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berapakah jumlah yang telah diterima dari Kerajaan Pusat bagi tempoh suku tahun ketiga 2012. Nyatakan jumlah yang masih tertunggak kepada Kerajaan Negeri ?

    Klik jawapan »

61) PENYELENGGARAAN SUNGAI KAYU ARA

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rancangan keseluruhan JPS untuk menyelenggara Sungai Kayu Ara?

    Klik jawapan »

  2. Senarai kepanjangan tebing sungai dan benteng konkrit yang telah dibina serta lokasi yang telah diperbaiki (sila nyatakan tahun).

    Klik jawapan »