62) PEMBANGUNAN JALAN LUAR BANDAR DAERAH KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan dan baki peruntukan MARRIS jalan Luar Bandar daerah Klang bagi tahun 2017?
-
Berapakah bilangan dan panjang meter jalan atas lot persendirian telah didaftar MARRIS? Senaraikan
-
Apakah telah ada garis panduan MARRIS bagi jalan atas lot persendirian?
62) PRESTASI PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri sering berbangga dengan prestasi pelaburan negeri dari luar atau dalam negara yang menggalakkan. Apakah sasaran dan bagaimanakah prestasi pelaburan negeri setakat pertengahan 2011?
-
Apakah program-program untuk menarik pelaburan yang dilaksanakan tahun ini?
-
Bagaimanakah status pelaburan di Bernam Jaya yang mahu dibangunkan sebagai Zon Perkhidmatan Antarabangsa?
62) PERUNTUKAN BANTUAN UNTUK NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis bantuan yang telah Kerajaan Negeri Selangor berikan kepada nelayan-nelayan pantai di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disumbangkan kepada nelayannelayan tersebut dan jumlah bilangan nelayan yang telah menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor pada tahun 2010 dan 2011?
62) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN TUAN SPEAKER DAN PUAN TIMBALAN SPEAKER DEWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah gaji asas dan elaun Speaker dan Timbalan Speaker?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara atas nama jawatan-jawatan yang disandang?
-
Apakah nilai kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh Speaker dan Timbalan Speaker?
62) KOS RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos sebuah rumah prihatin yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
-
Berapakah rumah di bawah skim ini yang telah di bina sejak 2013?
62) SYARIKAT BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah bayaran Kerajaan Negeri untuk membeli 4 buah syarikat bekalan air? Sila berikan harga masing-masing dan jumlah sewa aset tahunan tanggungan Negeri kepada Kerajaan Pusat.
-
Apakah rancangan dan hasrat Kerajaan Negeri terhadap isu pembekalan air? Adakah kajian dan pemantauan dijalankan berkenaan polisi air percuma, harga, keupayaan bekalan dan sebagainya?
62) PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM KECELARUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Dunia tanpa sempadan menjadikan segala maklumat dapat diperoleh di hujung jari. Justeru, pembinaan sahsiah rakyat dan generasi muda negeri dan negara ini tidak semudah menuturkan kata-kata manis. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi dan memerlukan kerjasama semua pihak, bermula dari dalam rumah hinggalah ke peringkat Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri menjadi tuan rumah perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini. Seperti kita sedia maklum, dalam perhimpunan berkenan berlakunya budaya liar yang tidak terkawal selain tohmahantohmahan yang membakar kebencian sesama rakyat. Di manakah manfaat dan relevannya Kerajaan Negeri dalam soal pembentukan sahsiah rakyat dan pembangunan modal insan dengan kesediaan menjadi tuan rumah perhimpunan berkenaan?
-
Dalam konteks yang sama, adakah Kerajaan Negeri akan menuruti Kerajaan Kelantan yang mewajibkan mereka yang menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib mengambil bekerja bagi pemimpin, ketua jabatan dan kakitangan Kerajaan Negeri sebagaimana syarat kelayakan mesti lulus bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM)?
-
Antara ciri modal insan terpuji adalah menepati janji. Sehingga kini, berapakah jumlah pelajar yang sudah mendapat RM1000 untuk masuk universiti dengan memenuhi kriteria yang bagaimana?
62) ISU JALAN TANPA GAZET DI KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menggezetkan jalan-jalan kampung atas tanah persendirian yang telah lama digunakan sebagai jalan awam bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan atau menaik taraf jalan-jalan tersebut?
-
Jika ya, nyatakan perancangannya
-
Jika tidak, nyatakan langkah-langkah Kerajaan.
62) BUDAYA MEMBACA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta satu senarai kajian kadar membaca di seluruh rakyat negeri Selangor serta program-program kerajaan negeri untuk memupuk budaya membaca?
-
Adakah kerajaan negeri bersedia membantu semua sekolah di negeri Selangor memupuk budaya ini selain mengadakan program besar-besaran?
62) KUTIPAN CUKAI OLEH MPK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah nilai hasil kutipan cukai dan lain-lain hasil yang dikutip oleh Majlis Perbandaran Klang?
-
Berapakah nilai yang dipungut dari hasil cukai dan lain-lain di kawasan DUN Meru termasuk cukai kilang-kilang dan perumahan?
-
Berapakah nilai yang diperuntukkan tahun 2009 untuk pembangunan DUN Meru?
