62) MAKLUMAT TAMAN REKREASI AWAM DUN BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua lokasi-lokasi taman rekreasi awam bawah DUN Bandar Utama bersertakan inventori penaiktarafan oleh PBT di taman-taman tersebut sejak tahun 2013 sehingga kini.
62) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berpuashati dengan prestasi perkhidmatan WIFI Selangorku?
-
Mengapakah khidmat WIFI Selangorku ini masih terlalu kurang di kawasan luar bandar khususnya di Kawasan Permatang?
62) SYARAT PENERIMA HADIAH MASUK IPT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Pelajar yang tinggal di Petaling Jaya tidak layak menerima hadiah masuk universiti sebab lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya yang merupakan hospital terdekat. Mengapa syarat pemastautin yang diguna pakai untuk SMUE tidak digunakan untuk syarat layak terima hadiah masuk IPT?
62) ISU KERETA BURUK TERSADAI DI TEPI JALAN DAN DI TAMAN-TAMAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan isu kereta buruk tersadai di tepi jalan dan di taman-taman perumahan ini masih terus berlaku, adakah Kerajaan bercadang menggubal undang-undang memberi kuasa kepada pihak PBT melupuskan kereta tersebut?
-
Jika tidak, nyatakan langkah-langkah alternatif yang berkesan yang akan diambil?
62) KEWANGAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi kutipan cukai setiap PBT pada tahun ini berbanding tahun lepas?
-
Bagaimanakah prestasi perbelanjaan setiap PBT dan adakah berlaku defisit?
-
Apakah PBT-PBT bertaraf majlis daerah mampu menjana pendapatan yang mencukupi?
62) PELABURAN ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha dan hasil kerajaan dalam menggalakkan pelaburan asing dalam industri teknologi hijau dalam tahun 2010?
-
Apakah usaha dan insentif daripada kerajaan dalam pembekalan sumber manusia berprofesional dalam penarikan pelaburan asing?
-
Apakah kemudahan infrastruktur dan kewangan yang disediakan untuk menggalakkan pelaburan asing?
62) AJARAN SESAT ‘JURUZON’
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Bertulis
-
Berapa orangkah pengikut ajaran ini yang telah disiasat oleh penguatkuasa JAIS?
-
Adakah ahli Jawatankuasa dan ahli Persatuan Anak Yatim Malaysia (PAYM) terlibat dengan ajaran ini?
-
Apakah status akidah anak-anak yatim yang dinaungi oleh Persatuan Anak Yatim Malaysia (PAYM) yang dituduh mengikut ajaran ini?
62) KOS RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos sebuah rumah prihatin yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
-
Berapakah rumah di bawah skim ini yang telah di bina sejak 2013?
62) TENAGA KERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada melaksanakan program mencari dan menempatkan pekerja tempatan dalam sektor perindustrian. Bagaimanakah status dan pencapaian program penempatan pekerja tersebut dan golongan manakah yang menunjukkan minat?
-
Selain sektor perindustrian, bolehkah program ini diperluaskan ke sektor pertanian dan perkhidmatan lain?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan program Òpenempatan pembantu rumahÓ dari kalangan warga tempatan dan berapakah kadar pengangguran di Selangor sekarang?
62) MASALAH BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah seriusnya masalah banjir di negeri Selangor? Sila kemukakan butiran perangkaan jumlah kerugian, jika ada, akibat banjir yang sering melanda negeri ini ?
-
Apakah punca banjir itu dan apakah langkah-Iangkah Kerajaan Negeri untuk mengatasinya?
-
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir ini, terutama bagi rakyat yang menjadi mangsa banjir itu sendiri? Adakah terdapat sebarang bentuk bantuan diberikan kepada mereka dan jika ada, apakah bentuk bantuan itu?
