60) MASALAH KEGIATAN JUDI HARAM DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membenteras kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di negeri Selangor.
60) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Memohon senaraikan jumlah rumah ibadat bukan Islam berdaftar dan tidak berdaftar dalam Pentadbiran MPAJ serta tempoh operasi.
-
Memohon senaraikan jumlah tapak rumah ibadat bukan Islam yang masih belum serah kepada mana mana pihak dalam Daerah Hulu Langat setakat Oktober 2018.
60) TEKNOLOGI RAWATAN AIR TERKINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah teknologi-teknologi rawatan air yang telah dan sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan penggunaan teknologi ÒUltra Filtration Water TreatmentÓ dalam masa terdekat?
-
Apakah kos yang dianggarkan bagi sesuatu loji rawatan air tertentu sekiranya teknologi ini dilaksanakan?
60) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah tanah Rizab Melayu sehingga kini.
-
Nyatakan keluasan tanah Rizab Melayu yang telah ditebus semula.
60) PERUNTUKAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N23 Dusun Tua tahun 2009
60) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini rumah ibadat selain Islam yang berdaftar dan tidak berdaftar mengikut agama.
-
Apakah Kerajaan Negeri meletakkan sebarang syarat untuk pembinaan rumah ibadat selain Islam?
-
Apakah prosedur pemberian bantuan kepada rumah ibadat tersebut terutama yang tidak berdaftar?
60) WARGA IBU DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif ataupun publisiti Kerajaan Negeri Selangor bagi mengalakkan pendaftaran ibu-ibu tunggal dengan sistem e-Bu?
-
Adakah kita mempunyai perancangan untuk menyediakan kemudahan nurseri dan tadika di semua bangunan negeri? Jika ya, apakah garis masa untuk perancangan tersebut?
60) DASAR PENILAIAN PEROLEHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan secara terperinci keberkesanan Dasar Penilaian Perolehan Secara Cut-Off
-
Sila kemukakan perbandingan kelebihan dan kelemahan Dasar Perolehan Secara Cut-Off dengan harga terendah.
-
Apakah langkah pencegahan bagi membendung kemungkinan berlaku monopoli dalam proses secara cut-off ?
60) BENTENG MENCEGAH BANJIR AKIBAT FENOMENA AIR LAUT PASANG BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah dan tindakan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan benteng yang dibina di persisiran pantai kukuh dan tidak pecah akibat kesan fenomena air pasang besar?
-
Berapakah jumlah bajet yang disediakan untuk kerja-kerja mengukuhkan benteng tersebut?
60) KES PEROBOHAN RUMAH DAN KEDAI SERTA PENGUSIRAN PENDUDUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan merancang untuk menyiasat anasir dalaman yang mungkin wujud daripada perobohan rumah dan kedai serta pengusiran penduduk di Persimpangan MRR2 di Kampung Pasir, Hulu Kelang dan perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dengan tujuan memburukkan imej kerajaan?
