6) INFRASTRUKTUR PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan tambahan yang diterima dari Kerajaan Persekutuan untuk kerja penambahbaikan infrastruktur perkhidmatan kesihatan Negeri Selangor.
-
Senaraikan projek yang terlibat.
6) MANIFESTO PERUBATAN WARGA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan warga 65 tahun ke atas di Selangor dari 2008 - 2012?
-
Apakah skim atau program yang telah diwujudkan untuk tujuan tersebut?
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah dibelanjakan untuk maksud tersebut?
6) AJARAN SESAT MILITAN ISLAMIC STATE (IS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan Ahli Islamic State tidak sebarkan konsep jihad atas nama Agama Islam Demi kestabilan ekonomi negeri ?
-
Adakah Kerajaan Negeri setuju tindakan PDRM menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (pindaan dan pemeluasan) 2013 dalam tangkapan Ahli Militan IS?
7) TANAH KURNIAAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah kelayakan atau syarat untuk rakyat Negeri Selangor mendapatkan tanah kurnia Kerajaan Negeri?
-
Senaraikan jumlah tanah dan penerima yang telah menerima tanah ini dari tahun 2009, 2010 dan 2011.
7) KUALITI BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik dan jenis aduan tentang kualiti bekalan air yang diterima daripada pengguna?
-
Adakah proses penggantian paip lama telah diselesaikan di seluruh Selangor?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bekalan air kurang berkualiti setelah walaupun paip lama diganti?
7) PROJEK PEMBANGUNAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Terdapat pihak yang ingin melabur dan memajukan tanah dengan projek, seperti pembinaan kampus cawangan UITM di Serendah dan membangunkan tanah bekas peneroka Sungai Buaya. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan tertentu untuk menggantikan projek di kawasan tersebut dengan projek pembangunan yang lain
-
Tidakkah Kerajaan Negeri mengalami kerugian dengan penolakkan projek-projek yang hendak dibangunkan oleh pihak swasta tersebut.
-
Bagaimanakah kerajaan negeri merancang untuk menyelesaikan masalah bekas peneroka Felda Sungai Buaya tersebut.
7) PERUMAHAN MAMPU MILIK PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah definisi Òrumah mampu milikÓ PKNS?
-
Berapakah jumlah unit, jenis serta lokasi rumah mampu milik yang telah dibina PKNS berbanding rumah kos sederhana dan tinggi dari 2008-2013?
-
Berapakah jumlah unit rumah mampu milik yang akan dibina oleh PKNS sepanjang 5 tahun ini?
7) Sukan Malaysia (SUKMA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah persediaan atlet-atlet Negeri Selangor yang akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor pada awal tahun hadapan di musim pandemik Covid-19 ini.
7) PERTANIAN PASCA COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi meningkatkan industri pertanian sebagai industri yang berpotensi tinggi di Negeri Selangor dalam era pasca Covid-19?
7) JANJI MANIFESTO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Bertulis
-
Pakatan Selangor mengemukakan Manifesto ketika Pilihan Raya Umum ke-12 yang meliputi: urustadbir berwibawa Ð enam perkara, sosial dan kebajikan rakyat Ð 12 perkara, kesihatan rakyat - empat perkara, ekonomi rakyat Ð enam perkara dan keselamatan rakyat Ð tiga perkara. Apakah status pelaksanaan setiap perkara dalam manifesto tersebut?
-
Berapakah kos yang dikeluarkan sejak 2008 hingga kini bagi melaksanakan perkara-perkara dalam manifesto tersebut?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk menggugurkan mana-mana perkara dalam manifesto yang masih belum dilaksanakan?
