Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
103) GEJALA SOSIAL DIKALANGAN REMAJA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Isu gejala sosial yang melanda di Negeri Selangor tidak kurang hebatnya seperti gejala dadah,pergaulan bebas, pinjaman along dan sebagainya. Apakah tindakan Kerajaan Negeri sekarang yang mengatakan akan membuat kempen besar-besaran menangani gejala maksiat?
104) SETINGGAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
YAB DATO' Menteri Besar pernah menyatakan dalam dewan yang mulia ini, negeri Selangor berhadapan dengan permasalahan setinggan dan kemiskinan yang serius di kawasan bandar dan pinggir bandar. Apakah Pelan Tindakan Negeri bagi menghadapi isu setinggan ini?
105) PEKEBUN-PEKEBUN KECIL KELAPA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun Ð pekebun kelapa meningkatkan pengeluaran hasil tanaman kelapa?
-
Berapakah jumlah pekebun kecil kelapa dan keluasan tanah mereka yang masih belum menerima bantuan Kerajaan Negeri bagi tanaman semula kelapa?
-
Apakah langkah Ð langkah dan bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun kecil kelapa yang tanaman kelapa mereka telah diserang penyakit oleh makhluk perosak tanaman?
106) PEMBINAAN WAYAR VOLTAN TINGGI OLEH TNB
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Tenaga Nasional Berhad membina wayar voltan tinggi di kawasan berhampiran dengan tempat kediaman tanpa memberi taklimat kepada ADUN dan penduduk. Mengapakah wayar voltan tinggi boleh dibina berhampiran dengan tempat kediaman, misalnya Cheras Hartamas di DUN Teratai dan diluluskan oleh kerajaan?
-
Bagaimanakah ADUN dan penduduk boleh melibatkan diri dalam proses rundingan bersama pihak berkuasa supaya pembinaan wayar voltan tinggi tidak akan membawa kesan negatif kepada penduduk?
-
Apakah undang-undang yang boleh menghentikan kerja-kerja membina wayar voltan tinggi yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad?
107) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang diumumkan pada 4 Mac lalu dalam usaha memacu perkembangan ekonomi di Negeri Selangor
108) BANTUAN KEPADA PARA PELAJAR DALAM MENGUASAI MATA PELAJARAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Terdapat sejumlah pelajar yang sanggup meninggalkan sekolah kerana tidak mampu menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini termasuk pelajar dari bangsa Melayu, Cina, India dan anak orang asli yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana gagal menguasai mata pelajaran tersebut. Apakah perancangan pihak kerajaan bagi membantu para pelajar yang masih mengalami masalah dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?
109) PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN ASAS DI STADIUM MELAWATI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bagi pihak PAS, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor di atas kebenaran yang diberikan kepada PAS Pusat untuk mengadakan Muktamar PAS Pusat kali ke 55 baru-baru ini. Sungguhpun demikian, didapati kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya telah berada di dalam keadaan yang agak usang dan rosak. Manakala surau yang disediakan agak kecil untuk menampung keperluan pengguna di kalangan orang Islam. Apakah Kerajaan Negeri melalui Exco yang terlibat tidak mempunyai perancangan untuk membaik pulih kerosakan-kerosakan ini dan siapa yang memantau syarikat yang dilantik untuk menyelenggarakan pusat-pusat sukan di Selangor?
-
Bolehkah keluasan surau-surau di pusat-pusat sukan di seluruh negeri Selangor dilihat semula dan jika perlu dibuat pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan umat Islam menunaikan kewajipan bersolat.
110) BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peluang Ð peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia Ð belia anak Selangor?
-
Berapakah jumlah belia Ð belia di Negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan?
111) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Pantai Batu Laut merupakan satu pantai yang berada di kawasan Tg Sepat. Pelancongan telah menjadi salah satu sumber ekonomi bagi kawasan ini. Pendapatan yang di peroleh dari sektor ini meningkat dengan banyaknya pada setiap tahun. Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam meningkatkan sektor ini khususnya bagi kawasan pantai Batu Laut ?
-
Di kawasan Batu Laut, terdapat banyak tanah-tanah milik Kerajaan Negeri dan individu yang tidak digunakan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan ataupun pelancongan yang berkaitan dengan kesihatan/pendidikan?
112) PENGUNAAN STADIUM MALAWATI SEBAGAI TEMPAT PERSIDANGAN / MUKTAMAR PAS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Baru - baru ini Parti Pas telah mengadakan muktamarnya di Stadium Melawati Shah Alam, berapakah jumlah sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan stadium selama muktamar itu berlangsung