Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
43) LAMBAKAN KERETA BURUK
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Di bawah cable voltan tinggi di tepi jalan masuk dari tol Bangi di Jalan 6 berhadapan seksyen 15 Bandar Baru Bangi dilongok beratus-ratus kereta buruk yang mencacatkan pandangan. Hal ini telah diadukan kepada MPKj dan Pejabat Daerah Hulu Langat. Pihak manakah yang melambakkan kereta-kereta buruk berkenaan?
-
Adakah sebarang keizinan diberi bagi penggunaan tempat lambakan berkenaan?
-
Apakah langkah-langkah yang patut diambil bagi mengeluarkan kereta-kereta buruk berkenaan?
44) KAWASAN RIADAH ATAU REKREASI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan kawasan riadah seperti gelanggang Futsal di kawasan-kawasan kediaman penduduk yang mempunyai kepadatan yang tinggi yang melebihi 1,000 unit rumah.
45) PENJUALAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah tanah milik kerajaan negeri Selangor yang telah dijual kepada anak-anak syarikat (GLC) daripada tahun 1999.
-
Berapakah harga tanah tersebut dijual kepada GLCs
46) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian program MES sehingga Disember 2008?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan dalam pengurusan dan pentadbiran program MES?
-
Apakah rancangan Fasa 2 untuk program MES?
47) PROGRAM UNTUK MENANGANI MASALAH BANJIR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Dalam satu mesyuarat EXCO tahun lepas, kerajaan negeri Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM21 juta dalam menangani masalah banjir. Sila nyatakan program yang telah atau sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri melalui agensi yang berkaitan dalam usaha membendung masalah yang sering kali berlaku di setiap daerah
-
Kebanyakan masalah banjir kilat berlaku akibat dari sistem perparitan yang bermasalah terutama di kawasan luar bandar seperti Pulau Indah, Perkampungan Telok Gong, kampung Black Water di Pelabuhan Klang. Oleh yang demikian, apakah bentuk kemudahan dalam penambahbaikan sistem perparitan untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak berkenaan dalam hal-hal kecemasan atau luar jangka berkenaan banjir kilat di peringkat daerah khususnya di Pelabuhan Klang?
48) ORANG ASLI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan bilangan perkampungan orang asli di seluruh Negeri Selangor menurut daerah.
-
Sila jelaskan bidang-bidang penyelarasan serta pembahagian tugas di antara agensi-agensi Persekutuan dan agensi-agensi Negeri Selangor dalam pentadbiran hal-ehwal orang asli di semua daerah dalam Negeri Selangor
-
Berapa banyakkah dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pentadbiran, pembangunan, pendidikan dan kebajikan orang asli di seluruh Negeri Selangor menurut daerah pada tahun 2008.
49) MASALAH BANJIR YANG BERLAKU DI KAWASAN BALAKONG SEPERTI DI TAMAN INDAH BATU 11, CHERAS, KAMPUNG BARU BALAKONG, DAN TAMAN MURNI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Anggaran kos yang akan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri?
-
Bilakah akan dilaksanakan?
50) CAJ GERAN-GERAN DI KAWASAN PERUMAHAN KAMPUNG TASIK, AMPANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah wujudnya dua jenis caj geran yang berbeza di kawasan perumahan Kampung Tasik, Ampang.
-
Adakah pihak kerajaan akan kembalikan caj yang telah dibayar lebih setelah menyelaraskan caj-caj tersebut
-
Berapakah lot di kawasan berkenaan yang belum menjelaskan premium tanah?
51) MASALAH PENGANGGURAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan statistik penganggur di Negeri Selangor dari bulan Jun 2008 hingga Februari 2009
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
52) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Sejak pemerintahan PR hingga Januari 2009, berapakah rumah ibadat bukan Islam telah diluluskan tanahnya? Sila berikan maklumat terperinci mengikut agama dan PBT.