8) GERAN PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Negeri bagi memastikan pilihanraya akan datang bersih dan adil?
-
Siapakah AJK dalam jawatankuasa yang bertanggungjawab?
8) PEMBUANGAN SISA KE DALAM LONGKANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah pembuangan sisa oleh peniaga-peniaga (terutamanya peniaga restoran) ke dalam longkang?
8) PROJEK KERJA NAIKTARAF JALAN MERU TAMBAHAN KE PUNCAK ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah saiz dan reka bentuk yang dicadang bagi parit besar tanah dari Jalan Iskandar hingga Jalan Kempas?
-
Apakah kemajuan projek tersebut mengikut seperti dijadualkan?
-
Apakah rujukan petunjuk keselamatan pengguna jalan raya semasa kerja-kerja berjalan?
8) KEBERSIHAN ALAM SEKITAR Ð HAPUSKAN TIKUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor mempunyai programprogram tertentu untuk menyelesaikan masalah tikus yang telah banyak menjejas kebersihan alam sekitar?
-
Berapakah kempen anti-tikus yang diadakan oleh PBT setiap daerah setiap tahun sejak tahun 2005?
-
Berapakah seminar kebersihan yang dianjurkan setiap tahun untuk memupuk kesedaran di kalangan usahawan yang terlibat dalam industri makanan dan perniagaan kedai makan?
8) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kilang haram yang masih beroperasi di dalam kawasan DUN Batu Tiga (di bawah MBSA, MPSJ dan MPK)? Nyatakan lokasi dan syarikat yang menjalankan kegiatan ini?
-
Apakah usaha bagi memastikan semua kilang haram ini diputihkan?
-
Bilakah sasaran yang diletakkan agar kilang haram di DUN Batu Tiga akan putih sepenuhnya?
8) GEJALA SOSIAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Kegiatan gejala sosial menyumbangkan peningkatan kadar jenayah terutama melibatkan remaja di Negeri Selangor. Senaraikan jumlah kes-kes yang terlibat dengan gejala sosial dari tahun 2008 hingga Sept 2010 mengikut bangsa di Selangor
-
Senaraikan punca-punca utama yang menyebabkan remaja rakyat Selangor terjerumus dalam kes gejala sosial.
-
Apakah langkah-langkah yang perlu di ambil untuk membendung dan mengurangkan kes-kes ini ?
8) PEMBERIAN AIR PERCUMA KEPADA RUMAH PANGSA KOS RENDAH MELALUI SISTEM KUPON
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak unit rumah kos rendah yang telah menerima bekalan air 20 meter padu pertama yang percuma sehingga hari ini. Sila beri data mengikut pecahan PBT.
-
Berapa banyak lagi yang belum menikmati manfaat program ini dan apakah sebab-sebabnya?
-
Adakah program yang sama akan diperluaskan kepada rumah-rumah pangsa kos sederhana?
8) TRAGEDI JAYA SUPERMARKET SEKSYEN 14 PJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Selangor telah menyenaraihitamkan enam pihak yang terlibat dalam tragedi Pasar raya Jaya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Apakah penglibatan kesemua syarikat ini dalam projek-projek pembangunan di PBT yang lain dan bagaimana PBT dapat memantau projek-projek sedia ada yang masih diusahakan mereka?
8) LAWATAN KE LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah lawatan ke luar negeri yang telah di luluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019?
-
Sila beri pecahan peratus lawatan yang melibatkan anggota pentadbiran and lawatan yang tiada anggota pentadbiran?
-
Apakah jumlah perbelanjaan untuk semua lawatan ini?
8) HAL EHWAL TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah permohonan pertukaran hak milik sementara kepada hak milik kekal di Kg Tengah, Kg Kenangan dan Kg Kuala Sungai Baru, Batu13 Puchong.
-
Nyatakan jumlah permohonan yang telah diluluskan dan belum diluluskan
-
Nyatakan sebab-sebab permohonan tersebut masih belum diluluskan.
