9) TENDER PROJEK PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT TAHUN 2013 HINGGA SEKARANG BULAN JULAI 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan nama syarikat yang berjaya memperolehi tender projek PTD Kuala Langat dari Tahun 2014 hingga bulan Julai 2015
-
Sila asingkan mengikut DUN Sijangkang, Telok Datok, Morib dan Tanjong Sepat
-
Sila nyatakan jumlah kos berjaya memperolehi tender
9) PEWARTAAN JETI BAGAN SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan apakah status terkini proses pewartaan jeti-jeti tersebut?
-
Sila nyatakan bilakah proses permohonan jeti-jeti yang dikenalpasti oleh LUAS akan diluluskan?
-
Sila kemukakan berapakah caj tahunan bagi jeti-jeti tersebut yang bakal dikenakan oleh pihak Kerajaan?
9) PELAKSANAAN OSC 3.0
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak PBT telah mula mengguna OSC 3.0? Berapakah kos yang perlu dibiayai oleh setiap PBT?
-
Apakah kelebihannya berbanding sistem OSC yang lama?
-
Berapa banyak sesi penerangan telah diadakan dengan pengguna-pengguna sistem OSC yang lama?
9) PADANG CERGAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah padang cergas yang telah dibina setakat ini dalam Daerah Kuala Selangor terutamanya di DUN Permatang?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan pembinaan Padang Cergas ini pada tahun 2019?
9) PEMBERIMILIKAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan permohonan dan pemberimilikan tanah dikeluarkan kepada penduduk Kampung Tradisi dan Kampung Baru sejak Mac 2008 untuk kegunaan kediaman dan pertanian?
-
Berapa lama yang diperlukan untuk pemprosesan permohonan tanah kerajaan kepada hak milik persendirian?
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap pemberimilikan tanah pegangan kekal( free hold )?
9) MAMMOGRAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Selepas PRU-13 yang lalu dan sehingga pada ketika ini, berapa ramaikah penerima baru yang telah menerima manfaat?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menyambung semula skim Mammogram ini?
9) MEMARTABATKAN GOLONGAN WANITA DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam memartabatkan serta memperkasakan golongan wanita di Selangor?
9) PENAMBAHAN DAERAH DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Adakah akan ada cadangan untuk menambah daerah daripada 9 daerah yang sedia ada kepada beberapa daearah yang perlu dipecahkan kepada 2 daerah kerana pertambahan penduduk serta wujudnya bandar-bandar baru di daerah tersebut?
9) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Perancangan Projek Pembersihan Sungai Klang ?
-
Sila nyatakan nama syarikat swasta yang telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang dan bagaimanakah latar belakang syarikat tersebut ?
-
Sila kemukakan anggaran awal jumlah kos kerja-kerja pembersihan Sungai Klang dan nyatakan apakah implikasi jangka pendek dan jangka panjang terhadap perkembangan ekonomi Negeri Selangor ?
9) KADAR JENAYAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan indeks jenayah (mengikut kategori) mengikut setiap daerah di Selangor bagi tahun 2007-2012.
-
Apakah mekanisme yang diadakan di antara Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau dan mengurangkan kadar jenayah di Selangor?
-
Apakah perancangan dan strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan keselamatan penduduk Selangor adalah terjaga memandangkan banyak aduan diterima daripada penduduk yang menyatakan mereka rasa tidak selamat?
