Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

143) PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Ada keperluan untuk perumahan kos rendah untuk kaum miskin di kawasan Bukit Melawati yang dibina dahulunya , banyaknya dijual kepada orang yang berhubungan rapat dengan ahli politik. Satu contoh adalah di Taman Kasawari, di mana lebih dari 20% rumah tidak di duduki oleh pemilik rumah atau kosong sahaja

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah kita bina lebih kurang 200 unit di kawasan Kg Kuantan / Kg Asahan dan lebih kurang 150 unit di kawasan Bukit Rotan ?

    Klik jawapan »

144) BANJIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah banjir di sepanjang Sungai Langat dalam DUN Dusun Tua?

    Klik jawapan »

145) PERTANIAN DAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Modern Pig Farming Area Ð Apakah status projek berkenaan dan bila ia akan mula dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan nama syarikat juru perunding dan kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi projek pembersihan dan menaik taraf sungai Klang sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri, dan nyatakan perbelanjaan sebenar yang terlibat

    Klik jawapan »

146) TEKANAN AIR RENDAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Kampung Sungai Tekali yang menyebabkan penduduk tidak menerima bekalan air?

    Klik jawapan »

147) PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN DI PBT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sudah satu tahun kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor tetapi sistem penyampaian di setiap PBT masih tidak memuaskan. Sila nyatakan usaha-usaha penambahbaikan sistem penyampaian di dalam PBT sejak tahun 2008.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pegawai atau pengarah yang telah ditukarkan kerana tidak mencapai prestasi minima. Sila jelaskan mengikut PBT

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan 10 aduan yang sering diterima daripada penduduk-penduduk mengikut PBT dan sebab-sebab aduan tersebut tidak dapat diselesaikan

    Klik jawapan »

148) SEWA PERUMAHAN PPR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah mengkaji semula kadar sewa untuk rumah PPR di mana ianya telah dikurangkan dari RM 250 sebulan ke RM 124 sebulan bagi mereka yang layak . Senaraikan syarat-syarat bagi seseorang layak membayar sewa RM 124 sebulan sahaja.

    Klik jawapan »

  2. Kenapakah seseorang yang mendapat bantuan zakat atau bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak layak menerima tawaran bayaran sewa RM 124?

    Klik jawapan »

149) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapa bilangan industri kecil dan sederhana yang boleh di kategorikan berjaya di negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri yang lebih terancang dalam mengetengahkan industri ini agar memberi manfaat kepada masyarakat yang lebih besar dalam menjana ekonomi negeri.

    Klik jawapan »

150) PELABURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun pertama 2009 secara perbandingan dengan setengah tahun pertama 2008 mengikut pecahan daerah.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi setengah tahun pertama 2009 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

151) GOOD GOVERNANCE

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Mohon dijelaskan kaedah apakah yang digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam membuat pengisytiharan harta. Adakah ianya turut mengambil kira pengisytiharan harta itu termasuk bersama rakan kongsi yang mereka miliki selama ini?

    Klik jawapan »

152) BANTUAN KEPADA PESAWAH OLEH BENCANA ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk membantu pesawah padi yang mengalami kerugian akibat pokok padi mereka musnah disebabkan bencana alam ribut baru-baru ini?

    Klik jawapan »