Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
201) NAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN 1 TANJUNG MALIM – RAWANG (FT001)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai naiktaraf Jalan FT001 ke Genting Highland pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Adakah JKR Selangor berhasrat menaiktaraf persimpangan di Jalan Kuala Kali - Rasa (B115) ke Jalan FT001 pada tahun ini?
202) KAJIAN KEGAGALAN SELESAI ISU SAMPAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan telah mengkaji secara objektif faktor kegagalan menyelesaikan isu sampah?
-
Apa tindakan untuk mengatasinya?
-
Bagaimana kerajaan mengatasi masalah sampah berhubung pendatang asing?
203) URUSTADBIR BAIK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan keberkesanan sistem Digital Open Government dalam memastikan aduan awam seperti kutipan sampah, jalan berlopak, keselamatan awam dan sebagainya menerima perhatian dan tindakan segera olah Pihak Berkuasa Tempatan
204) PELAN INDUK PERTANIAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Bilakah pelan induk pertanian negeri Selangor diluluskan oleh kerajaan negeri?
-
Nyatakan matlamat & strategi utama pelan induk pertanian negeri Selangor tersebut?
205) TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar di negeri Selangor.
-
Adakah kerajaan merancang untuk membina taman asuhan kanak-kanak di pejabat agensi kerajaan?
206) JALAN KELUAR ALTERNATIF KAMPUNG SRI INDAH (TELAH DIMASUKKAN DIBAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE 11)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini tentang projek tersebut dan bilakah ia akan dilaksanakan ?
207) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah klasifikasi kes-kes pencerobohan yang berlaku di Selangor?
-
Berapa banyak kes pencerobohan yang diselesaikan dan apakah halangan untuk diselesaikan?
-
Senaraikan kes pencerobohan tanah kerajaan di Daerah Petaling
208) PENJAWAT KONTRAK DI SUK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan dan kategori penjawat kontrak di SUK ?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan untuk membayar gaji dan elaun penjawat kontrak pada tahun 2015?
209) PENGAGIHAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha kerajaan terhadap pengagihan sisa pepejal.
-
Nyatakan tarikh kerajaan sasarkan untuk mewajibkan pelaksanaan pengagihan sisa pepejal di seluruh neger
210) PENGGUNAAN AIR YANG TIDAK TERKAWAL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah operasi kempen jimat air yang dilancarkan baru-baru ini dapat memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri?
-
Berapa jangkaan meter padu air yang dapat dijimatkan dan berapa lama tempoh penjimatan ini?