Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

71) RANCANGAN PEMBANGUNAN DI HULU LANGAT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Mohon maklumat senarai kelulusan pembangunan seperti taman-taman perumahan, hotel mewah, kondominium dan lain-lain yang telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang di Daerah Hulu Langat sejak 2008

  2. Nyatakan hasil kajian impak lalu-lintas dan jumlah kenderaan terkini di i. Jalan Semenyih Ð Seremban ii. Jalan Batu 9 ke Hulu Langat sebelum meluluskan sesuatu pembangunan

  3. Apakah faktor-faktor yang diambil kira sebelum sesuatu kelulusan pembangunan diluluskan?

72) HARTA PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan nilai harta tunai dan bukan tunai PNSB serta anak syarikatnya

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan penjualan aset dalam dan luar negara milik PNSB dan subsidiarinya pada tahun 2015

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan tarikh, pembeli, harga, tender terbuka/penjualan terus dan butiranbutiran lain penjualan tersebut

    Klik jawapan »

73) PERBELANJAAN PERUNTUKAN DUN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Butiran terperinci perbelanjaan peruntukan bagi DUN Pelabuhan Klang oleh penyelaras DUN bagi tahun 2014, 2015 dan tiga bulan pertama 2016

    Klik jawapan »

74) PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapa ramai peserta yang telah mengikuti program Pembangunan Usahawan di bawah PKNS dari tahun 2008 hingga 2015?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program ini dari tahun 2008 hingga 2015?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha PKNS untuk meningkatkan program ini?

    Klik jawapan »

75) KAJIAN PEREMAJAAN BANDAR (URBAN REGENERATION)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status Kajian berkaitan perlaksanaan Peremajaan Bandar (Urban Regeneration)?

    Klik jawapan »

76) PASAR MALAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah MPS dapat mengubah lokasi pasar malam di Kampung Melayu Sungai Buloh ke suatu tempat yang baru kerana kesesakan yang melampau?

    Klik jawapan »

  2. Apakah MBSA dapat mengubah lokasi pasar malam di Kampung Paya Jaras Tengah ke suatu tempat yang baru kerana kesesakan yang melampau di jalan utama FT54?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah Pihak Berkuasa Tempatan masih membiarkan aktiviti ÒramboÓ secara berleluasa sedangkan mereka adalah dari kalangan pendatang asing tanpa izin?

    Klik jawapan »

77) LANGKAH YANG DIAMBIL KERAJAAN NEGERI UNTUK MENANGANI MASALAH DENGGI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk menangani masalah denggi selain gotong royong atau fogging?

    Klik jawapan »

78) JAWATAN DI PWB

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah struktur PWB? Sila nyatakan KPI bagi setiap jawatan di dalam struktur ini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah prestasi setiap penjawat ini di ukur?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bimbingan dan kursus yang diberikan kepada mereka? Sila nyatakan program dan jumlah kewangan yang diperuntukkan

    Klik jawapan »

79) HAK MILIK INDIVIDU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini mengenai diskaun bumiputera dan penalti bagi projek Lake Edge Puchong?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Pakatan Perakbina Sdn. Bhd. atas kegagalan memenuhi syarat tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah jangka masa pemberian hak milik individu atas nama pembeli harta akan diselesaikan dengan sepenuhnya?

    Klik jawapan »

80) PERBANDARAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Berikutan proses perbandaran yang turut memberi kesan kepada budaya dan identiti kampung tradisi, adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memelihara nilai-nilai tradisi ini sebagai warisan yang bukan sahaja wajar diturunkan kepada generasi akan datang, tetapi juga penting dalam membangunkan sektor pelancongan negeri?

    Klik jawapan »