Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

171) PENGURUSAN SAMPAH YANG BERKESAN DI WAKTU HARI PERAYAAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan negeri mempunyai persiapan khas di musim perayaan bagi mengelakkan timbunan sampah bagi anak Selangor yang balik beraya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri supaya krisis sampah di Selat Klang semasa Hari Raya Idulfitri tidak berulang?

    Klik jawapan »

172) SMART SOLUTION

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Sejauhmana masyarakat telah memanfaatkan Aplikasi mudah City Act yang telah dilaksanakan tahun ini?

  2. Apakah usaha KNS untuk mewar-warkan perkara ni kepada rakyat dan pengguna?

  3. Sejauhmana kecekapan aduan-aduan ini telah ditanggani, apakah kayu ukur yang digunakan?

173) PEMBELIAN LORI SAMPAH OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kondisi lori sampah sebanyak 100 buah yang telah dibeli oleh Kerajaan Negeri?

  2. Nyatakan kos penyeleggaraan dari tahun mula dibeli sehingga kini?

  3. Apakah manfaat yang diperolehi dari pembelian kenderaan tersebut?

174) SKIM BANTUAN AM KEBAJIKAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan susulan kerajaan terhadap teguran Ketua Audit Negara terhadap pembayaran skim bantuan am yang merupakan antara yang terendah di Malaysia memandangkan rizab kewangan kerajaan semakin kukuh?

  2. Apakah garis panduan kemiskinan yang digunakan oleh JKM Selangor?

175) TANAH BAWAH PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN (PTP)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah keluasan yang terbabit di kawasan Gombak dan telah dibangunkan mengikut keperluan tanah yang dipohon?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat tanah tersebut disewakan kepada orang lain dan Kerajaan Negeri beroleh pulangan dari aktiviti tersebut?

    Klik jawapan »

176) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos keseluruhan perkhidmatan Bas Percuma Selangor untuk setahun ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah penumpang telah menggunakan perkhidmatan Bas Percuma Sejak mula operasi hingga 30 Jun 2016 ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pecahanya mengikut Pihak Berkuasa Tempatan ?

    Klik jawapan »

177) PASAR BAHARU KG KUALA AMPANG, HULU KELANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pembinaan pasar baharu Kg Baru Kuala Ampang?

  2. Berapakah kos pembinaan pasar tersebut?

  3. Apakah bentuk kerjasama antara MPAJ dengan agensi Kerajaan Pusat dalam pembinaan pasar tersebut?

178) PELABUR KELUAR DARI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan secara terperinci pelabur-pelabur yang keluar dari Selangor pada tahun 2015 hingga Julai 2016.

    Klik jawapan »

  2. Apakah faktor penyebab dan inisiatif Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

179) PROGRAM FOOD STAMP

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan pembekal-pembekal barangan dalam program food stamp dan jumlah peruntukkan yang dibayar kepada setiap pembekal.

    Klik jawapan »

  2. Adakah pembekal dipilih melalui tender terbuka? Jika ya, senaraikan syarikat yang menyertai tender ini.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos seunit untuk setiap barangan asas yang dibeli?

    Klik jawapan »

180) PENGLIBATAN BELIA DALAM MENANGANI KEJATUHAN MORAL DIKALANGAN REMAJA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah penglibatan belia dalam menangani kejatuhan moral dikalangan remaja?

    Klik jawapan »