Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

191) KAWASAN PENIAGA KECIL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mewujudkan Kawasan Khas Baru di setiap PBT bagi memberi peluang perniagaan makanan dan minuman?

    Klik jawapan »

  2. Mohon nyatakan statistik (1) gerai dan peniaga yang dikenakan tindakan kerana berniaga tanpa lesen dan (2) Nilai barangan yang dirampas.

    Klik jawapan »

192) PEMBAKARAN HARAM DI KG SRI AMAN PUCHONG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Jelaskan sebab kegiatan pembakaran haram di Kg Sri Aman Puchong yang telah lama berlarutan masih belum diselesaikan.

  2. Jelaskan tindakan yang telah diambil terhadap aduan tersebut.

  3. Nyatakan jumlah rampasan tanah yang telah dilaksanakan terhadap kesalahan pembakaran/ pembuangan haram sejak 2014.

193) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah telah dikenalpasti penambahbaikan proses kelulusan permohonan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah petugas dan kakitangan pengurusan TUNAS?

    Klik jawapan »

  3. Sehingga Julai 2016, apakah masalah kelewatan serahan sumbangan kepada pemohon dan tadika?

    Klik jawapan »

194) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah KRA dan KPI yang digunakan bagi memantau perlaksanaan program dan pencapaian PWB setiap DUN?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan peruntukan yang telah dikeluarkan untuk setiap DUN sehingga Jun 2016.

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah peruntukan yang berikan tidak sepenuhnya di salurkan kepada setiap PWB?

    Klik jawapan »

195) PENYELENGGARAAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK DAN TAMAN REKREASI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak perbelanjaan yang digunakan untuk menyelenggara Taman-taman Permainan Kanak-Kanak dan taman rekreasi mengikut PBT sejak 5 tahun lalu?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi atau membaik pulih peralatan di taman permainan kanak-kanak yang rosak bagi mengurangkan risiko bahaya?

    Klik jawapan »

196) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan program-program kerajaan negeri yang telah di anjurkan di luar negeri Selangor dan jelaskan rasionalnya

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan program-program yang telah di anjurkan sempena PRN Sarawak

    Klik jawapan »

197) KESELAMATAN DALAM BANDAR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan untuk meningkatkan keselamatan harta benda awam daripada kecurian dan vandalisme?

198) MEMBAIK PULIH KOTA DARUL EHSAN (TAMBAH SEMPADAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos keseluruhan untuk membaik pulih Kota Darul Ehsan?

  2. Apakah kerja-kerja yang telah ditawarkan?

  3. Siapa yang membiayai keseluruhan kerja-kerja tersebut?

199) HAIWAN LIAR DI TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang boleh dilakukan terhadap gangguan haiwan liar seperti anjing, babi hutan dan monyet yang menganggu penduduk di taman-taman perumahan?

  2. Bagaimana penduduk boleh membuat aduan dan agensi manakah yang berkaitan dengan masalah ini?

200) KESAMARATAAN ELAUN DAN PERUNTUKAN UNTUK KETUA KAMPUNG, KETUA KAMPUNG BARU DAN KETUA KOMUNITI INDIA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebab Kerajaan Selangor tidak dapat memberikan elaun dan peruntukan yang sama kepada Ketua Kampung, Ketua Kampung Baru dan Ketua Komuniti India?

    Klik jawapan »

  2. Adakah skop kerja ketiga-tiga jawatan tersebut sama?

    Klik jawapan »

  3. Jika tidak, sila nyatakan skop kerja mereka.

    Klik jawapan »