Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

271) KUTIPAN ZAKAT DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah kutipan zakat di Selangor sehingga Julai 2016 mengikut daerah?

  2. Nyatakan jumlah kutipan zakat di Selangor yang belum diagihkan sehingga Disember 2015?

272) TANAH TERBIAR MILIK KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah keluasan tanah terbiar milik Kerajaan Negeri yang boleh diguna pakai untuk aktiviti pertanian?

    Klik jawapan »

  2. Bersediakah Kerajaan Negeri untuk memberi kebenaran kepada usahawan- usahawan muda menjalankan aktiviti pertanian secara komersil di atas tanah- tanah tersebut?

    Klik jawapan »

273) SISTEM BIOMETRIK PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Huraikan sejarah ringkas dan kos pelaksanaan sistem ini dalam pengurusan tanah.

  2. Adakah benar bahawa runner tidak perlu meletakkan thumbprint pada pengimbas tetapi mereka boleh menurunkan thumbprint mereka dalam surat rasmi syarikat atau firma guaman ketika berurus dengan Pejabat Tanah?

274) PERMATANG KUARZA GOMBAK SELANGOR (PKGS)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan untuk menjadi Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) tapak warisan kebangsaan dan UNESCO?

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk memelihara PKGS?

  3. Adakah kerajaan negeri proaktif dalam mempromosikannya sebagai tempat pelancongan? Jika ya, apakah langkah-langkah yang telah diambil.

275) PROSES PENAWARAN KERJA KONTRAK DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah mekanisme yang digunakan untuk melantik kontraktor bagi pelaksanaan projek di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Syarikat GLC Negeri Selangor seperti DEIG, MBI, KDEB, Hebat Abadi, Worldwide dan lain-lain memperoleh projek Kerajaan Negeri melalui proses tender terhad,tender terbuka atau rundingan terus?

    Klik jawapan »

276) PROJEK KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan projek KHSB yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun 2016?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan lokasi dan nilai projek tersebut?

    Klik jawapan »

277) “TRANSIT ORIENTED DEVELOPMENT” DAN “URBAN SPRAWL”

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Jika kerajaan negeri sedang mempromosikan "Transit Oriented Development", dengan nisbah plot yang tinggi di kawasan tepu bina di Lembah Klang, mengapa masih meluluskan project umpama "urban sprawl" seperti Rimbayu di Kuala Langat dan Gamuda Gardens di Kuang?

278) NELAYAN SUNGAI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah terkini nelayan sungai yang didaftarkan?

  2. Apakah kriteria untuk seseorang nelayan didaftarkan sebagai nelayan sungai?

  3. Apakah faedah-faedah bagi nelayan sungai yang berdaftar?

279) KEROSAKAN JALAN AKIBAT PAIP PECAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kejadian paip pecah telah menyebabkan jalanraya rosak. Apakah kaedah yang dilakukan oleh Syabas untuk menurap jalan dengan sempurna selepas pembaikan paip selesai

  2. Sekiranya turapan jalan tidak memuaskan, apakah tindakan yang dilakukan selanjutnya oleh pihak terbabit?

280) ISU RUMAH LADANG SUNGAI BELATA HULU SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini terhadap 64 keluarga bekas pekerja Ladang Sungai Belata yang telah menandatangani perjanjian dengan pemaju untuk membeli rumah kos rendah pada tahun 2001?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu tersebut?

    Klik jawapan »