Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

51) PENGGANTIAN PAIP DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Sila butirkan semua projek penggantian paip di Negeri Selangor, bersama dengan panjang paip yang akan ditukar serta kos projek masing-masing

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk projek penggantian paip di pada tahun 2016?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. atau SYABAS mempunyai kapasiti untuk melaksanakan projek penggantian paip bernilai RM500 juta ke atas jika peruntukan kewangan ada?

    Klik jawapan »

52) KUOTA BUMIPUTRA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Sila butirkan setiap permohonan daripada pemaju perumahan untuk pelepasan kuota bumiputera. Sila beri nama projek, peratus kuota bumiputera untuk projek tersebut, bilangan rumah yang dipohon untuk perlepasan dan bilangan yang diluluskan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria untuk pelepasan kuota bumiputera?

    Klik jawapan »

53) YURAN TAPAK BAZAR RAMADHAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah tapak pasar Ramadhan yang diluluskan mengikut PBT pada 2016?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah hasil kutipan yang dipungut daripada penganjuran pasar Ramadhan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah panduan daripada PBT kepada penganjur dalam menentukan kadar sewa tapak yang tidak terlalu tinggi kepada peniaga pasar Ramadhan?

    Klik jawapan »

54) TUDUHAN RASUAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri telah melakukan apa-apa penyiasatan dalaman berkenaan tuduhan rasuah oleh Y.B. Rafizi Ramli?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme kerajaan untuk membanteras rasuah di kalangan kakitangan kerajaan?

    Klik jawapan »

55) MASALAH PAIP PECAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Mohon menyatakan statistik paip pecah yang berlaku di seluruh Selangor pada 2016 dan apakah punca utamanya?

    Klik jawapan »

  2. Sebanyak mana kos yang ditanggung oleh Kerajaan Selangor/Air Selangor untuk membaiki paip pecah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Lokasi paip pecah menyebabkan kerosakan jalanraya. Turapan yang dilakukan oleh kontraktor selalu mendapat kritikan orang ramai. Bagaimana kerajaan dapat memastikan turapan semula di lokasi-lokasi paip pecah dilakukan oleh kontraktor terbabit secara sempurna dan mengikut piawaian?

    Klik jawapan »

56) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MPK

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Apakah skop kerja KDEB dalam pengambilalihan pengurusan sisa pepejal di MPK?

    Klik jawapan »

  2. Apakah struktur bayaran Kerajaan Negeri dan MPK kepada KDEB?

    Klik jawapan »

  3. Berapa bulan atau tempoh yang akan diberi kepada KDEB untuk membuktikan bahawa mereka boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada sebelum ini?

    Klik jawapan »

57) KOS PEMASANGAN BILLBOARD

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah papan iklan besar (billboard) yang terdapat di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah hasil (cukai) tahunan yang kerajaan peroleh daripada billboard tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah perbelanjaan kerajaan untuk memasang iklan-iklan besar di Selangor?

    Klik jawapan »

58) PUSAT HIBURAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah terkini pusat hiburan yang berlesen dan anggaran pusat yang tidak berlesen mengikut daerah/PBT di Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana pusat hiburan sama ada yang berlesen atau tidak yang telah diarah tutup oleh pihak berkuasa boleh berniaga atau dibuka semula?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyak pengusaha pusat hiburan yang melanggar peraturan telah dihadapkan ke mahkamah atau dikenakan tindakan?

    Klik jawapan »

59) KETUA KAMPUNG DAN KETUA KOMUNITI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan semua ketua kampung tradisi, ketua kampung Cina dan ketua komuniti India yang dilantik untuk 2016, mengikut kawasan DUN.

    Klik jawapan »

  2. Apakah elaun dan ganjaran lain yang diberi kepada mereka?

    Klik jawapan »

60) KEMISKINAN BANDAR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tafsiran kemiskinan bandar menurut perspektif Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Mohon menyatakan bilangan penduduk atau keluarga dan lokasinya yang dikategorikan sebagai miskin bandar yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Neger

    Klik jawapan »

  3. Apakah program yang telah atau dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar tersebut?

    Klik jawapan »