Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

161) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA ( SELANGORKU )

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Perkhidmatan tersebut hanya tertumpu di kawasan bandar halus diperluaskan ke kawasan luar bandar untuk memudahkan orang awan berulang-alik ke PBT/ Pejabat Tanah & Daerah. Apakah pandangan Kerajaan Negeri Selangor dan tindakan seterusnya?

    Klik jawapan »

162) PERKEMBANGAN STADIUM MINI DAN KOMPLEKS PASAR MODEN PAYA JARAS

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini bagi kedua-dua projek yang dicadangkan itu?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah dijangka akan dimulakan proses membangunkan projek tersebut?

    Klik jawapan »

163) LAPORAN AUDIT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan teguran dalam laporan audit negara tahun 2014 bagi jabatan/agensi dan anak syarikat negeri Selangor?

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan teguran tersebut?

164) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan PBT untuk Program Total Clean PBT yang berlangsung pada OktoberDisember 2014

  2. Apakah masalah yang dikenal pasti sepanjang pelaksanaan Program Total Clean PBT?

  3. Apakah perancangan holistik untuk atasi masalah pengurusan sisa pepejal?

165) PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Apakah strategi Dan pembangunan yang sedang Dan telah dijalankan oleh kerajaan negeri di kawasan Desa, berpandukan enam bidang keberhasilan utama negar (NKRA)?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan pembangunan yang telah buat di Kuala Langat Dan Sabak Bernam.

    Klik jawapan »

166) PENGURUSAN BEKALAN AIR DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan semula untuk menambah kapasiti simpanan air bersih dan menukar paip-paip air lama sebagai langkah mengatasi masalah air di selangor?

    Klik jawapan »

  2. Jika ya, bila dijangka mula dan akan selesai?

  3. Jika tidak, apakah langkah-langkah alternatif?

167) PEMBANGUNAN SEMULA TANAMAN PISANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut


  1. Tersedia maklum hampir 4 tahun hasil pengeluaran pisang terlalu kurang disebabkan oleh penyakit layu bakteria pisang (MOKO)?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggerakkan semula projek tanaman pisang bagi meningkatkan semula hasil pengeluaran dan menstabilkan harga?

    Klik jawapan »

168) TERDAPAT BANYAK KEMALANGAN JALANRAYA DI JALAN MOKHTAR DAHARI DI U10 SHAH ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah Kerajaan untuk menaiktaraf jalan tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang diluluskan untuk projek ini ?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah ia akan siap dilaksanakan ?

    Klik jawapan »

169) GAJI, ELAUN, ELAUN KHAS, KERAIAN, BONUS DAN GANJARAN UNTUK KAKITANGAN ATASAN GLC

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Memohon kerajaan memaklumkan gaji, elaun, elaun khas, keraian, bonus dan ganjaran untuk semua kakitangan atasan GLC. Jawapan boleh diberi dalam satu skala lingkungan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan mempunyai satu skala gaji dan ukuran prestasi yang seragam untuk semua pegawai atasan GLC?

    Klik jawapan »

170) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos sebenar pengambilalihan pengurusan air Selangor yang baru dimuktamadkan?

    Klik jawapan »

  2. Dengan muktamadnya perjanjian pengambilalihan pengurusan, apakah langkah kerajaan bagi memastikan kebajikan pekerja terjamin?