Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
101) HARGA DAN KEUNTUNGAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
PKNS menetapkan harga rumah mampu milik dari RM60 ribu hingga RM185 ribu mengikut lokasi. Berapakah kos sebenar pembinaan bagi rumah berharga RM60 ribu dan RM185 ribu?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan kos pembinaan?
-
Berapa peratuskah margin keuntungan untuk projek perumahan mampu milik tersebut?
102) KEHARMONIAN ANTARA KAUM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan melaksanakan apa-apa kajian terhadap tahap keharmonian antara kaum di Selangor?
-
Apakah strategi dan langkah kerajaan negeri untuk mengekalkan keharmonian yang ada?
103) PROJEK USAHASAMA PKNS DENGAN GDV BERNILAI RM800 JUTA DIURUSKAN OLEH PEGAWAI KONTRAK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah rasional projek 13 ekar di Bandar Baru Bangi bernilai RM316 juta dikendalikan oleh pegawai kontrak?
-
Apakah alasan projek 22.39 ekar di Selangor Science Park 2 bernilai RM504.15 juta dikendalikan oleh pegawai kontrak?
-
Tidakkah tindakan ini meminggirkan pegawai tetap di PKNS?
104) POLIS BANTUAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sudah sampai ke tahap manakah penubuhan Pasukan Polis Bantuan untuk Negeri Selangor ini?
-
Apakah syarat2 sebenar untuk menubuhkan Pasukan ini?
105) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kedudukan kewangan PKPS dari tahun 2008 hingga 2013?
-
Sila senaraikan jumlah pendapatan Ladang Kelapa Sawit PKPS secara detail sejak tahun 2008 hingga 2013?
-
Sila senaraikan butiran terperinci pelaburan-pelaburan PKPS yang mengalami kerugian sejak 5 tahun yang lalu?
106) MENTERI BESAR INCORPORATED
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan semua anak syarikat MBI dan anak-anak syarikatnya serta struktur pegangan syer
-
Butirkan laporan kewangan terperinci MBI bagi tahun 2004-2013.
-
Adakah kerajaan negeri berpuas hati dengan prestasi kewangan MBI untuk 2008-2013?
107) MAAHAD TAHFIZ
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama dan lokasi maahad tahfiz yang berdaftar di Selangor mengikut daerah?
-
Nyatakan statistik bilangan pelajar dan guru maahad tahfiz mengikut daerah?
-
Apakah isu-isu yang timbul dan apakah inisiatif kerajaan untuk membantunya?
108) SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri memperuntukan subsidi RM100 seorang anak ke nurseri untuk mengurangkan beban ibu bapa.Berapa jumlah yang telah dibelanjakan untuk pemberian subsidi SI KEMBAR sehingga 2013?
-
Berapakah jumlah ibu bapa yang telah menerima manfaat dari SI KEMBAR mengikut daerah, Parlimen dan DUN?
109) SAP HOLDINGS BERHAD
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif penubuhan SAP Holding Berhad?
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan SAP Holding Berhad?
-
Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian SAP Holding Berhad?
110) CUKAI DI PBT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis cukai yang dikutip di peringkat PBT?
-
Nyatakan statistik kutipan dan tunggakan cukai mengikut PBT dari 2008-2013?
-
Apakah strategi untuk meningkatkan hasil kutipan cukai?