Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

161) KEKURANGAN TAPAK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DALAM KAWASAN DUN KAJANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut


  1. Banyak rumah ibadat bukan Islam dalam kawasan Kajang adalah bertapak di atas tanah kediaman, perniagaan dan perindustrian. Sama ada Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan tapak-tapak yang khusus untuk menempatkan rumah ibadat bukan Islam dalam kawasan Kajang secara khususnya dan dalam Negeri Selangor secara amnya.

    Klik jawapan »

162) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Peruntukan sebanyak RM29,000,000.00 untuk membina Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di Alam Impian. Nyatakan sumber kewangan bagi membina MITS?

    Klik jawapan »

  2. Apa status pembinaan dan berapa orang pelajar yang mampu ditampung apabila sudah siap nanti dan kriteria pemilihan pelajar tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk memastikan pelajar yang telah tamat pengajian tidak terabai?

    Klik jawapan »

163) PROJEK STORM WATER

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini projek Storm Water kerajaan negeri Selangor yang memperuntukkan RM100 Juta belanjawan untuknya tahun ini bagi kesejahteraan rakyat negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah ianya dijangka akan siap sepenuhnya dan digunakan?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyak jangkaan rizab air terawat Selangor akan bertambah sekiranya projek ini beroperasi sepenuhnya?

    Klik jawapan »

164) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan lokasi Wifi Selangorku yang telah dipasang dan beroperasi dengan baik di Hulu Selangor

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat bertambah lokasi Wifi Selangorku di Hulu Selangor selaras dengan semangat Ògo ruralÓ

    Klik jawapan »

165) PEMULIHARAAN SUNGAI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah status Projek Pemuliharaan & Pembangunan Sg. Kelang dan kawasan sekitarnya dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor?

    Klik jawapan »

166) PEGAWAI PERHUBUNGAN POLITIK DI PEJABAT MENTERI BESAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasional, fungsi dan skop tugas pelantikan jawatan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah latar belakang dan kelayakan Pegawai Perhubungan Politik yang dilantik sekarang?

  3. Berapakah gaji, elaun dan kemudahan yang terima dan pihak manakah yang membiayainya?

167) MASALAH BANJIR KILAT DI SEKITAR SELAYANG BARU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan permasalahan ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bajet yang telah diperuntukkan bagi menyelesaikan permasalahan ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah bajet yang telah diperuntukkan pada 2013 bagi menyelesaikan permasalahan ini dan berapa peratus yang telah digunakan?

168) PEMINDAHAN SJK (T) CASTLEFIELD

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini dengan pemindahan SJK (T) Castlefield Puchong?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan tindakan kerajaan negeri untuk membantu pemindahan SJK (T) Castlefield

    Klik jawapan »

169) STATUS RUMAH PANJANG SUNGAI KERTAS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini penempatan transit rumah panjang sungai kertas di tanah milik MAIS?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramai di kalangan mereka yang telah menerima rumah-rumah?

    Klik jawapan »

170) MANIFESTO KEMUDAHAN KESIHATAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut


  1. Dimaklumkan bahawa Tabung Dialisis Rakyat Selangor tidak diwujudkan atas sebab Pusat Dialisis Rakyat telah dibangunkan melalui smart partnership antara kerajaan Negeri Selangor dan sebuah syarikat swasta. Mengapa masih wujud manifesto penubuhan Tabung Dialisis Rakyat Selangor pada PRU ke-13 oleh Pakatan sedangkan ia tidak diperlukan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan Pusat Dialisis Rakyat dan senaraikan mengikut daerah?

  3. Sejauh manakah kejayaan kemudahan kesihatan ini dan nyatakan kejayaan tersebut?